Pages

Friday, February 17, 2012

Sambungan….tentang batu Mata Dewa/Kunang2/Terang malam/Terang Bulan/geliga ular dll (Glow In Dark –Phosphorescene)

Semua produk Glow In Dark mempunyai phosphor. Secara umumnya, phosphor ia bahan yang mempamerkan fenomena luminescene. Luminescene ialah pancaran cahaya oleh mana-mana bahan yang bukan disebabkan oleh haba (heat). Ianya adalah “cold body radiation”.

[Nota: lawan kepada luminescene ialah incandescene (Latin – to glow white); iaitu pancaran cahaya disebbakan oleh haba (heat). Contohnya pancaran cahaya oleh lampu spot light yang mana filamen dari tungsten dipanaskan ke tahap suhu yang sangat tinggi sehingga ia “bercahaya”. Contoh lain, besi yang hendak ditempa dipanaskan sehingga –bercahaya merah- adalah contoh incandescene]

Phosphor mempunyai 3 sifat:
a.     a.  Jenis tenaga apa mereka perlukan untuk pentenagaan
b.    b.   Cahaya berwarna apa yang mereka hasilkan
c.     c. “persistence” – berapa lama mereka dapat bercahaya selepas pentenagaan

Contoh-contoh phosphor ialah:
a.     a. Zinc Sulfide (semenjak 1930an)
b.    b.  Strontium Aluminate (baru di cipta)
c.    c.   Calcium Sulfide
d.    d.  Alkaline earth metal silicate

[Nota: Pada hari ini, ahli kimia telah mencipta ratusan bahan yang bersifat phosphor. Selalunya  bahan phosphor ini terdiri daripada transition metal compound dan rare earth compound dalam pelbagai bentuk]

Strontium Aluminate lebih bercahaya dan tahan lama berbanding zinc sulfide. Kedua-duanya berwarna hijau. Batu mata dewa/kunang2/terang bulan/terang malam dibuat daripada pigmen phosphorescene ini.

Untuk Glow In Dark berwarna merah, digunakan pigmen phosphorescene Calcium Sulfide. Manakala untuk bercahaya warna biru digunakan pigmen phosphorescene Alkaline earth metal silicate.

Dimana produk phosphor ini diaplikasi?
a.      a. Dibuat batu permata (spt. Batu mata dewa/kunang2/geliga ular)
b.      b. Dalam tulisan papantanda “EXIT” dll papantanda keselamatan
c.      c.  Dalam jalur catan pejalan kaki (pathway marking)
d.      d. Catan dinding (permukaan bangunan nampak bercahaya)
e.      e.  Dalam skrin radar; atau dalam alatan/benda yang berkait dengan aviasi dan navigasi
f.        f.  Dalam barang mainan kanak-kanak “glow in dark”
g.      g.  Dalam dekorasi jam tangan

[Nota: Teknologi dalam dekorasi jam supaya persistence atau fenomena bercahaya dapat bertahan lama sehingga bertahun-tahun….sumber pentenagaannya daripada bahan radiaktif yang dicampur ke dalam phosphor tadi.]

Apakah batu mata dewa/kunang2/terang malam/terang bulan/geliga ular itu batu asli semulajadi atau batu buat?
Jawapan: Batu buat dari makmal. Begitu juga biji2 tasbih yang bercahaya dalam gelap.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment