Pages

Monday, March 12, 2012

Beberapa Ringkasan Terpilih Tentang Berlian: Sebahagian Sifat Utama Berlian Yang Wajib Diketahui

Antaranya:
  • Merupakan bahan semulajadi terkeras diketahui manusia. Kekerasan 10 pada skala Mohs – mengikut arah.
  • Hanya Berlian dapat memotong berlian.
  • Konduktor/pengalir haba yang sangat baik.
  • ‘Hydrophobic’ iaitu sifatnya yang ‘menolak air –tidak suka air – air tak lekat pada batu’ tetapi ‘menarik minyak/grease’.
  • Satu nama yang paling sinonim dengan ‘precious gems’- berbanding batu lain, yang sering disebut-sebut.
  • Berlian telah lama berada pada ranking pertama sebagai penghias yang paling bernilai.
  • Berlian dianggap sebagai Raja Permata oleh jauhari darisegi sebagai ‘centerpiece stone’ dan ‘accent stone’ berbanding lain-lain permata.
  • Mempunyai RI (Refletive Index) yang luar biasa tinggi berbanding permata lain. RI yangluar biasa tinggi ini disamping dengan kekerasan Berlian yang juga luar biasa menatijahkan keberkilatan permukaan dipanggil ‘adamantine’ yang kira-kiranya khas untuk Berlian.
  • Berlian mengujakan para Mineralogis kerana mempunyai sifat-sifat fizikal yang yang penting termasuk memiliki kekerasan yang optimum, struktur dalaman terbina daripada molekul besar tunggal daripada Carbon, dan konduktor haba yang cemerlang.
  • Berlian merupakan mineral paling penting berbanding mineral-mineral permata lain kepada industry, kerana kegunaannya yang banyak sebagai pelelas (abrasive i.e kertas pasir, mata grinder) terbaik dan kegunaannya dalam menghasilkan alatan pemotongan yang terbaik didunia.
[Nota: Selain Berlian, Ruby (delima merah) juga dianggap sebagai Raja Permata]

Tambahan-imbasan:
  • "Brilliance" ialah keupayaan memantulkan cahaya putih kembali kepada mata sang pemandang. Ianya di dalam batu.
  • "Fire" atau "dispersion" ialah keupayaan untuk memecahkan cahaya putih kepada warna-warna spektral -pelangi. Ianya di dalam batu.
  • "Scintillation" ialah 'cetusan kilauan' (twinkling sparkle) yang Diamond hasilkan apabila ianya digerakkan dibawah cahaya. Ianya diluar batu.

No comments:

Post a Comment