Pages

Wednesday, March 7, 2012

Cantik, Macam Real ~ Imitation Dendritic Quartz (made in China/Taiwan)





Tambahan:

  • "Dendritic" atau gambaran kerangka pokok di dalam batu diatas adalah "imitate" -dibuat dengan begitu teliti/profesional.
  • Manakala "clear quartz" yang digunakan adalah asli.
  • Cara menbuatnya: (1) Batu bukit/clear quartz dibelah dua dengan permukaan diratakan atau gabungan 2 clear quartz yang berasingan dengan permukaan diratakan (2) Imitasi dendritic/kerangka pokok diletakkan diantara 2 belah clear quartz tadi (3) Kedua belah clear quartz tadi dicantumkan dengan sejenis gam (4) Batu dicanai semula mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Cara pengecaman: (1) Perhatikan secara halusi pada bucu/girdle batu, samada dengan mata kasar atau kanta pembesar, akan didapati satu "garis belahan sekeliling batu" kesan cantuman antara 2 clear quartz tadi (2) Cuba gerak-gerakan batu pada sumber cahaya, lihat pantulan cahaya pada dalam batu, terdapat kesan "buih-buih halus" pada satu permukaan yang sama didalam batu, iaitu natijah daripada belahan/gabungan batu pada satu permukaan yang sekata, dan kesan gam tadi -lihat dalam bulatan merah diatas, contoh buih-buih halus yang terperangkap kesan gam.
  • Mana-mana batu yang dicantumkan (doublet/triplet) seperti batu cbutting GTD (Garnet Topped Doublet) untuk imitasi batu Delima dan Zamrud dicamkan dengan cara diatas terutama kehadiran buih-buih halus yang terperangkap kesan gam. Cara lain untuk mengecam lihat pantulan cahaya antara bahagian bawah (pavilion) dan atas (crown) - belek batu pada semua arah pada sumber cahaya -akan didapati pantulan yang berbeza antara 2 bahagian tersebut.
  • Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment