Pages

Thursday, March 1, 2012

Microcrystalline vs Macrocrystalline Rock/Mineral

(Batu Akik Kalimah Muhammad 
Kalimahnya seakan hilang apabila direndam dalam madu) 


Akik
“Agates are microcrystalline quartz nodules found in veins and in cavities in host rock”. Link www.agatesofscotland.co.uk/Agate%20Formation.htm

Microcrystalline bermaksud batuan atau mineral yang terdiri daripada kombinasi kristal-kristal yang halus yang hanya dapat dilihat dengan pemerhatian mikroskopik. Contoh variasi microcrystalline quartz ialah akik, carnelian, onyx, sardonyx, chrysophrase, jasper dan bloodstone. Contoh permata lain yang microcrystalline ialah Firuz.

Lawan kepada microcrystalline ialah macrocrystalline, iaitu batuan atau mineral yang terdiri daripada kristal yang besar yang boleh dilihat terus dengan mata kasar. Contoh variasi macrocrystalline quartz ialah amethyst, ametrine, citrine, smoky quartz, rose quartz, prasiolite dan rock crystal.

Tambahan:

Oleh kerana batu atau mineral microcrystalline terbina daripada kombinasi unit-unit Kristal, maka ia mempunyai “ruang” antara unit-unit Kristal tersebut pada tahap ukuran mikro. Oleh sebab itu, batuan atau mineral jenis ini boleh menyerap cecair atau boleh diwarnakan/dyed (boleh menyerap warna).

Terdapat banyak akik yang di-dyed menjadi biru, merah, hijau dsbnya. Terdapat firuz yang di-dyed menjadi biru yang lebih pekat.

Apabila batu akik direndam dalam cecair/air/madu, ia akan menyerap cecair tersebut dan akan Nampak lebih basah/berair lebih jelas dilihat selepas sehari dua. Jika didedah pada persekitaran biasa, akan kembali kepada keadaan asal.

Cincin akik pada jari lebih-lebih lagi yang batunya rapat di kulit, jika dipakai selalu, akan Nampak perubahan “Nampak lebih berair/basah” pada batu tersebut, lebih jelas dilihat selepas setahun (menyerap peluh/kelembapan yang terperangkap). Berbeza dengan kes rendaman dalam air diatas, batu yang “basah” disebabkan dipakai dijari sangat lambat untuk kembali seperti keadaan asal…boleh dikatakan ada yang terus kekal basah. Sama kes seperti cincin ZT623.

Dalam kes, akik kalimah Muhammad diatas, apabila direndam kalimahnya seakan menghilang, tetapi apabila didedahkan kepada udara persekitaran kalimahnya akan timbul kembali. Urat putih yang membentuk kalimah tersebut adalah sampai ke dalam batu, bukan pada permukaan batu. Ini kerana, akik sejenis microcrystalline quartz, yang terdapat “ruang-ruang” pada dalaman batu yang boleh menyerap air/kelembapan.

[Nota: Batu jenis macrocrystalline tidak boleh di-dyed (warna tidak boleh masuk dalam batu) dan jika direndamkan dalam air tiada perubahan.]

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment