Pages

Thursday, May 31, 2012

Ayat 25 Surah Al-Hadiid: "Besi"

mr. x: assalam tuan..sya cukup teruja dgn permata besi tahi bintang..adakah ini yg tertulis dlm surah al-hadid..apa kelebihannya tuan (27/5/12)

MUQADDIMAH SURAH AL-HADIID
Surah Al-hadiid diturunkan di Madinah, mengandungi 29 ayat, surah ke-57. Dinamakan surah “al-Hadiid” (Besi), kerana Allah Ta’ala menegaskan pada ayat 25: bahawa Ia telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan  yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari, dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu dalam menegakkan  dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan kepadanya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” –Tafsir Ar-Rahman.

Dalam ayat 25 diatas Allah menggunakan perkataan “wa anzalna hadiid” (dan Kami turunkan besi). Para ahli tafsir menjelaskan kalimat “anzalna” pada ayat ini bererti menurunkan dalam pengertian ‘kiasan’, dan erti sebenar kalimat tersebut ialah “Kami ciptakan atau jadikan”. 

[Nota: InsyaAllah akan dirangkaikan dengan info-info penemuan saintis berkait dengan proses kejadian bumi]

Apakah itu “besi”?
Besi ialah Iron dengan nama saintifiknya Ferum (Fe). Dalam konteks ayat diatas, Nickel (Ni) termasuk sama (Prof. Dr. Zaglul An-Najjar). 

[Nota: Lain-lain unsur metal/logam boleh dikategorikan dalam bab besi –namun yang terpenting dan utama ialah Iron-Nickel]

Berapakah berat kandungan Besi dalam bumi?
Berat isipadu bumi dianggarkan sebanyak (6E + 24)kg. Dianggarkan 35% daripada isispadu bumi terdiri daripada Besi (Iron + Nickel).

Bagaimanakah taburan Besi dalam bumi?
Besi ialah elemen yang berat. Majoriti kandungan Besi (Iron + Nickel) berada dalam “teras bumi -core” berbanding dengan “kerak bumi -crust”. Umumnya, taburannya seperti berikut:

  • Kerak bumi – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan. Kandungan besi sekitar 5% daripada kandungan kerak bumi – iaitu elemen yang ke-4 terbesar dalam lapisan kerat bumi.
  • Mantel – terdiri daripada elemen-elemen yang ringan seperti silicon, magnesium, oxygen dan juga Iron.
  • Teras Luar – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk pepejal padu.
  • Teras Dalam – terdiri daripada Iron dan Nickel dalam bentuk leburan.

[Nota: Kenapa elemen ringan tertumpu pada kerak bumi dan Besi (Iron + Nickel) majoriti berada dalam teras bumi, serta apa kaitannya dengan kalimat “alzalna -menurunkan”]

Apakah hikmah, elemen berat Besi (Iron + Nickel) majority berada ditengah bumi?
Ianya untuk kestabilan berputar. Seperti perekaciptaan bahagian paling berat dalam bola bowling berada ditengahnya supaya ia stabil berputar bila dilontarkan.

Adakah taburan Besi dalam perut bumi akan kekal sebegitu sampai bila-bila?
Daripada kajian, iaitu daripada proses geologi yang telah ditentukan Allah, element dalam perut bumi akan bergerak ke permukaan termasuk unsur Besi (Nickel-Iron). Maknanya ia berkurang dalam perut bumi. Jadi, sekali lagi dilontarkan persoalan, kalau begitu, bagaimana boleh dikatakan “diturunkan” sedang ia “keluar dari dalam perut bumi ke permukaan bumi”?

[Nota: Proses perlombongan berlaku. Bukit bukau ditarah diletupkan, bumi dikorek dan sebagainya. Fungsi bukit adalah sebagai tiang atau untuk keseimbangan bumi. Lalu hasil mahsul perut bumi dikeluarkan untuk pembangunan fizikal dunia.  Tempat berbukit asal telah digondolkan, manakala tempat lapang telah dibangunkan dengan “bukit-bukit” konkrit besi bangunan, sementara elemen pemberat dalam teras pusat bumi semakin berkurang. Adakah ini mengundang ketidakstabilan fizikal bumi sedikit demi sedikit?]


IMBASAN: PEMBENTUKAN SISTEM SOLAR & BUMI DARI PERSPEKTIF SAINS

BAGAIMANA BUMI & SOLAR SISTEM BERMULA?
Awal kelahiran Sistem solar kita boleh dikesan sehingga 11-20 bilion tahun dahulu, yang bermula di satu kawasan berketumpatan dengan habuk dan gas yang dipanggil nebula.  Matahari mula-mula muncul disini, dalam lengan galaksi berpilin yang dikenali sebagai Milky Way.

Sekitar 4.6 bilion tahun dahulu, sisa daripada kelahiran matahari iaitu interstellar gas, habuk dan tinggalan pepejal lain bergabung menjadi bodi-bodi bersaiz asteroid kecil, dan dikenali “planetesimal”. Planetesimal ini mula mengorbit Matahari.

Apabila planetesimal ini berlangar antara satu sama lain, mereka membentuk bodi yang lebih besar – iaitu 9 planet – Mercury, Venus, Bumi, Mars, Jupietr, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto bersama-sama dengan asteroid. Asteroid ialah hasil daripada sisa (kemungkinan satu planet embrrionik) yang berlaga dengan terlalu pantas lalu pecah-serpih, dengan sebahagian bahan tersebut menghujani bumi sebagai meteorite.

Meteorite mempunyai 3 jenis iaitu (1) Stony meteorite (2) Iron meteorite (3) Stony-iron meteorite.

BUMI AWAL
Pada masa bumi terbentuk 4.6 bilion tahun dahulu, masih terdapat banyak planetesimal didalam Sistem Solar. Banyak planetesimal ini melanggar planet bumi semasa “Great Bombardment”. Perlanggaran ini menyebabkan suhu bumi meningkat dan elemen-elemen berat seperti Iron dan Nickel tenggelam ke dalam pusat bumi.

[Nota: Pada tahap ini, besi ‘turun’ kedalam teras bumi – yang mana pada hari ini kandungan besi cenderung  ‘keluar’ ke lapisan kerak bumi. Allahu a’lam]

Manakala elemen-elemen yang lebih ringan seperti silicon terapung berdekatan permukaan bumi.  Lapisan paling luar bumi iaitu kerak bumi (tempat paling tebal berkedalaman 70km), hanyalah kulit kepada batuan yang ringan.

[Nota: 70% daripada permukaan bumi terdiri daripada silicon. Critical hardness iaitu 7 pada skala Mohs diambil sempena nilai silica, kerana dalam aktiviti seharian kita banyak berinteraksi dengan silica. Habuk yang mengandungi partikel silica akan memalapkan keberkilatan permukaan batu permata yang mempunyai kekerasan pada skala Mohs di bawah 7 ]

Pada 4.3 bilion tahun dahulu, struktur bumi mula menyerupai bawang, dengan mempunyai lapisan-lapisannya, iaitu struktur yang kekal ke hari ini.

Keadaan atmosfera dan air
Semasa pembentukkan “lapisan bawang” ini, gas dibebaskan, satu proses dikenali sebagai “outgassing”, yang menghasilkan atmosfera awal yang terdiri daripada air, methane, ammonia, nitrogen, carbon monoxide, hydrochloric acid, carbon dioxide dan gas sulfur. Semua ini adalah sama seperti apa yang dihasilkan oleh volkano pada hari ini.

Planet Biru
Sekitar 4 bilion tahun dahulu, apa yang dipanggil “bombardment” telah berhenti, dan pada 3.8 bilion tahun dahulu lapisan kerak bumi mula mengeras untuk membentuk batuan tertua di muka bumi. Pada masa ini, air di atmosfera telah mengkondensasi lalu membentuk lautan pertama.

[Nota: (1) Benda fizikal tertua atas muka bumi adalah meteorite, yang ‘turun’ mengimpak bumi pada awal pembentukkan bumi. Meteorite terbentuk pada masa kelahiran Sistem Solar iaitu sekitar 4.55 bilion tahun dahulu, dan menghujani bumi. (2) Bahan tertua atas muka bumi yang dijumpai setakat ini ialah Kristal Zircon yang dijumpai di Jack Hill, Australia Barat – yang berusia 4.4 bilion tahun – iaitu tidak lama (mengikut istilah geologi) selepas pembentukkan bulan. (3) Batuan tertua atas muka bumi setakat ditemui ialah batu Acasta gneisses, dijumpai dekat Great Slave Lake di northwesten Canada, berusia 4.03 bilion tahun. (4) Acasta gneisses berusia 3.7-3.8 bilion tahun juga ditemui di Isua Supracrustal rocks yang terletak di barat Greenland. (5) Selain itu terdapat batuan yang berusia melebihi 3.5 bilion tahun dijumpai di Minnesota River valley dan utara Michigan, di Swaziland dan juga Australia barat. Semua penemuan ini membuktikan sejarah bumi bermula lebih awal daripada itu. Allahua’lam.] 

[...bersambung : Iron meteorite adalah sama komposisi dengan besi dalam teras bumi ]

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment