Pages

Saturday, September 1, 2012

Sedikit Ringkasan Tentang Pietersite


Diterokai oleh seorang bernama Sid Pieters di Namibia pada tahun 1962. Kemudian, beliau mendaftarkan penemuannya itu di Britain, dan jurnal penemuan tersebut diterbitkan pada tahun 1964, dengan nama Pietersite bersempena nama Sid Pieters.

Untuk tempoh bertahun lamanya, Pietersite dipercayai hanya terdapat di Namibia sahaja. Namun, pada tahun 1993 Pietersite dijumpai di daerah Hunan, China. Pada tahun 1997 barulah Pietersite China ini berada dalam pasaran.

Dipercayai lombong Pietersite di Hunan, China telah ditutup. Manakala, pengeluaran yang terhad di Namibia menjadikan ia agak berkurang dalam pasaran pada masa sekarang.

Ciri-ciri Pieersite China: Berwarna lebih kekuningan dan permukaannya banyak bertompok/berbintik

Ciri-ciri Pietersite Namibia: Berwarna lebih kebiruan dan permukaannya lebih sekata halus [**Pietersite Namibia dinobatkan Pietersite terbaik di dunia***]

Antara nama lain Pietersite di alam Melayu: Batu Sutera Cindai, Batu Cenderawasih, Batu Sutera Cenderawasih, Batu Gewang Cindai, Batu Bulu Cenderawasih, Batu Geliga Cenderawasih.


Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment