Pages

Wednesday, December 26, 2012

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG RAWATAN ARTIFISAL PADA BATU PERMATA SECARA UMUM


Pendahuluan:

  1. Tujuan rawatan pada batu permata ialah untuk (1) mempertingkat rupa batu menjadi lebih cantik dan (2) mempertingkat ketahanan batu, bagi batu tertentu (3) membuat atau meniru ciri atau sifat sesuatu batu asli seperti banding pada corundum
  2. Mempertingkatrupa batu supaya lebih cantik khususnya darisegi 2 perkara utama iaitu (1) klariti dan (2) warna.
  3. Rawatan dilakukan samada kepada (1) batu yang masih rough atau yang (2) telah siap dipotongcanai.
  4. Rawatan dikenakan kepada (1) batu permata “asli” (natural) dan juga (2) kepada batu “tidak asli” (sintetik, product artifisal) itu sendiri.
  5. Bagi batu natural, diklasifikasian “natural untreated/unheated” (batu asli semulajadi dan tidak dikenakan sebarang rawatan padanya) dan “natural treated/enhanced/heated” (batu asli semulajadi dan telah dikenakan rawatan padanya).
  6. Bagi batu sintetik atau produk artifisal tidak perlu diletakkan "untreated/treated" kerana ia sendiri adalah batu synthesis (dimasak/dibuat).
  7. Rawatan pada batu permata bermula sekitar 4000 tahun dahulu lagi, tetapi semasa abad ke 20 dan sehingga kini, kaedah rawatan atau pertingkatrupa batu telah berkembang dengan lebih maju lagi.

Kaedah-kaedah prinsip rawatan artifisal ada 3 iaitu:

(1) Rawatan haba (heat treatment)
(2) Rawatan iradiasi (irradiation treatment)
(3) Rawatan bahan kimia (chemical treatmenttermasuk penwarnaan (staining), pememutihan (bleaching), impregnasi dan modifikasi permukaan batu.

No comments:

Post a Comment