Pages

Sunday, April 21, 2013

Bujang Galak


Pengenalan:
  • Ia sejenis pokok dari bukit/hutan.
  • Ia ada jantan dan betina.
  • Ianya sejenis pokok terpilih.
  • Sebaiknya dipakai sepasang.
  • Ianya berbau wangi seakan bau cekor.


Ciri-ciri untuk mengenal yang jantan dan betina:
  • Bagi yang jantan, umumnya berwarna hitam, tetapi ada juda berwarna kuning.
  • Bagi yang betina, umumnya berwarna kuning, tetapi ada juga berwarna hitam.
  • Bagaimana untuk mengenal yang jantan berwarna kuning atau yang betina yang berwarna hitam? Ada 2 ciri lain untuk memisahkan yang jantan iaitu yang jantan lebih “berat” dan ada urat gelang “perak”.
  • Semua yang ada urat gelang “perak” adalah jantan tidak kira warna hitam atau kuning. Umumnya, yang ada urat gelang “perak” adalah berat.
  • Semua yang “berat” adalah jantan tidak kira warna hitam atau kuning, atau tiada urat gelang “perak”.


Khasiat semulajadi:
  • Nama kayunya membawa makna kegunaannya, iaitu khasiat semulajadinya ialah untuk pengasih pelaris dan sewaktu dengannya. Selain itu, untuk tujuan sakit pinggang, serta kebal terdesak dengan izin Allah.


Cara pakai:
  • Sekurang-kurangnya dicucuk pada tali dan dipakai dipinggang, untuk kesemua tujuan diatas. Untuk permulaan sekurang-kurangnya dipakai 7 hari berterusan. Untuk tujuan sakit pinggang (betulkan urat) dipakai lebih 7 hari.
  • Terlebih baik untuk tujuan pengasih pelaris diikat pada cincin perak dengan ikatan cantik seperti pahat ukir bunga serta lilit berlian.


Nota: Terima kasih kepada Tuan Syed dari Kemaman atas perkongsian sample kayu dan maklumat yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment