Pages

Saturday, March 1, 2014

BEBERAPA RINGKASAN MAKLUMAT TENTANG POKOK DAN KAYU IBO/IBOR/IBOL/IBONG

Pengenalan:
  • Ia sejenis pokok yang tumbuh dalam hutan
  • Tumbuh diatas bukit
  • Tumbuh secara tunggal/sepohon
  • Kayunya keras dengan urat cerucuk merah
  • Buahnya terapung diatas air seperti buah pinang (saiz lebih kurang saiz buah mata kucing)
  • Umbut dan pucuknya berbisa/beracun tidak boleh dimakan
[Nota-tambahan: Uratnya lebih padat daripada nibong dan lebih sukar pecah jika dibuat biji tasbih berbanding nibong. Jika telah diguna atau disimpan terlalu lama urat merahnya boleh bertukar menjadi hitam bermula pada bahagian luar dulu. Dikisahkan, pernah orang masuk hutan makan umbutnya yang disangka pokok bayas/bayah, lalu muntah darah dan keluar darah dari bulu roma]

Khasiat kelebihan semulajadi, kegunaan dan larangannya:
Ianya sejenis kayu yang amat berbisa, jadi jauhi daripada kanak-kanak dan jangan bergurau memukul binatang peliharaan dll. Antara lain ianya amat sesuai digunakan sebagai senjata untuk melemahkan dan membunuh binatang berbisa/ular jika terdesak, untuk pemagar rumah/kenderaan, untuk penguat semangat diri/rumah.


Ada beberapa kisah berkaitan khasiat kelebihannya. Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah. 

[Nota-tambahan: Antara pokok-pokok lain dalam bukit yang hampir sama keluarga palma cuma saiz besar kecil berbeza ialah nibong, bayas, pinang hutan, palas dan palaka. Pokok palaka urat cerucuknya berwarna hitam, lebih keras-padat daripada nibong dan ibor dan lebih sukar untuk ditebang]

Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment