Pages

Tuesday, June 3, 2014

PERBINCANGAN SEKITAR RARITY-SCARCITY DALAM BATU PERMATA

Pertanyaan teman 21/5/2014: Boleh tuan huraikan tentang ‘rarity’ lebih lanjut?

Pendahuluan

Rarity (= kejarangan, kelangkaan) dan scarcity (= kurang dijumpai, jarang ditemui atau kurang ada) adalah 2 perkataan yang merujuk perkara yang sama dalam hal batu permata.

Rarity-scarcity mempengaruhi pembahagian kategori batu permata kepada precious, semiprecious atau common. Kategori common adalah kategori yang agak baru yang dipecahkan oleh pengkaji batu permata mengikut perkembangan semasa. Asalnya, batu-batu permata yang keras diletakkan bawah kategori precious (biasanya mempunyai ranking harga lebih mahal berbanding semi precious), manakala yang lebih lembut diletakkan bawah semiprecious. Namun, pasaran beransur-ansur berubah menjadikan harga bagi sesetengah batu semiprecious menyamai harga batu precious, disebabkan factor rarity-scarcity.

Asasnya, untuk sesuatu batu yang cantik dan berketahanan itu layak diletak dibawah kategori batu permata precious, ianya mestilah ada sifat rarity-sacrcity bersama. Namun, jika batu tersebut hanya semata-mata rare-scarce ia tidak menjamin batu tersebut layak tergolong dalam precious. Jika ia rare-scarce serta popular, akhirnya ia menjadi precious dan lebih bernilai. Ia bergantung kepada bekalan dan permintaan. Lebih besar permintaan sehingga melebihi bekalan, maka item itu menjadi lebih rare.

Kata kunci: “kejarangan atau kekurangan sumber, popularity permintaan, kedudukan harga pasaran semasa batu” adalah factor dlm kategori mana sesuatu sepsis batu itu berada samada precious, semiprecious atau common –dan ianya bersifat subjektif serta boleh berubah mengikut keadaan semasa.


Perbincangan

Kita telah ketahui batu permata dipecahkan kepada 3 kategori, iaitu:

a.       Precious (batu mulia)
b.      Semiprecious (batu separa mulia)
c.       Common (batu umum)

Apa pula pecahan bagi rarity? Pengkaji batu permata pecahkan rarity batu permata kepada 3 iaitu:

a.       actual rare: Contohnya, alexandrite, phenakite, red beryl/bixbite dll
b.      apparent rare/market rare: Contohnya, finest amethyst, finest emerald dll
c.       kombinasi actual rare dan apparent rare/market rare: Contohnya, alexandrite cat’s eye, red diamond, blue diamond

Definisi dan keterangan “actual rare”: iaitu merujuk kepada spesis atau variasi batu permata yang susah didapati dalam pasaran atau dari lombong kerana spesis batu permata ini hanya terdapat atau dijumpai dalam jumlah yang kecil dalam perut bumi.

[Nota-tambahan: kebiasaannya berlian putih akan dijadikan penanda aras umum untuk rarity, namun terdapat variasi permata lain yang lebih rare berbanding berlian putih, antaranya ialah –bixbite/red beryl, jeremejevite, musgravite, red diamond, grandidierite, proudretteite, benitoite, tanzanite, alexandrite, painite, Phenakite. Adakah semua batu ini tergolong dalam precious dan bernilai tinggi? Jawapannya tidak, kerana walaupun batu-batu ini rare-scarce tetapi ia kurang popular ……]

Definisi dan keterangan “apparent rare/market rare”: iaitu merujuk kepada batu permata yang mendapat permintaan tinggi tetapi susah untuk didapati dalam pasaran walaupun spesis permata ini dijumpai dalam jumlah yang banyak atau agak banyak dalam perut bumi, contohnya “finest amethyst, finest emerald, trapiche sapphire, star quartz”. Rarity jenis ini merujuk kepada rarity darisegi “kualiti –penilaian 4C’s” dan sifat optikal/fizikal yang ganjil atau jarang didapati.

[Nota-tambahan-perbandingan-kisah: Asalnya, kecubung dikira batu yang sangat jarang. Dalam tahun 1650-an di Eropah, kecubung yang berkualiti sangat jarang dan harganya setara dengan berlian pada masa itu. Harga kecubung masih tinggi sehinggalah pada masa Civil War (1900-1944) di eropah, kecubung Brazil mula diimpot dengan kuantiti yang besar. Penerokaan kecubung Brazil secara ekstensif berlaku dalam abad ke-19. Kecubung sekarang boleh dikatakan batu yang common, namun kecubung yang menepati 4C adalah rare –iaitu darisegi warna kecubung gred terbaik ialah ungu kemerahan matang! Selain klariti eye/loupe clean, potongan yang sempurna dan saiz yang besar]


Manakala gabungan actual rare dan apparent/market rare ialah merujuk kepada variasi permata yang sedikit ditemui dalam perut bumi, dan mendapat permintaan yang tinggi bagi batu yang mempunyai kualiti 4C atau sifat optikal/fizikal yang jarang didapati. Contohnya ialah, alexandrite cat’s eye, red diamond, blue diamond.

Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment