Pages

Monday, June 16, 2014

sambungan.....PERBINCANGAN SEKITAR RARITY-SCARCITY DALAM BATU PERMATA

.......terdahulu (klik)


Selain itu, perbincangan tentang rarity-scarcity darisegi 2 point utama iaitu
a.       true rarity
b.      market manipulation

True rarity terbahagi kepada 2 subpecahan iaitu
a.       overall rarities
b.      condition rare

True overall rarities sama maksud dengan actual rare seperti dibincangkan serba sedikit sebelumnya, iaitu merujuk kepada spesis batu permata yang susah didapati dalam pasaran atau dari lombong kerana spesis batu permata ini hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil dalam perut bumi.

  • “Salin dari sebelumnya”: kebiasaannya berlian putih akan dijadikan penanda aras umum untuk rarity, namun terdapat variasi permata lain yang lebih rare berbanding berlian putih, antaranya ialah –bixbite/red beryl, jeremejevite, musgravite, red diamond, grandidierite, proudretteite, benitoite, tanzanite, alexandrite, painite, phenakite. Adakah semua batu ini tergolong dalam precious dan bernilai tinggi? Jawapannya tidak semua, kerana walaupun batu-batu ini rare-scarce tetapi sebahagiannya kurang popular.
  • Bixbite iaitu red beryl atau dikenali juga red emerald (klik) adalah salah satu pertama paling jarang didunia. Sumber Bixbite terbaru dijumpai di pergunungan Wah Wah di Utah, US. Ianya 1000x lebih jarang dari berlian. Sumber bekalannya yang terhad tidak dapat menyokong kempen pemasaran secara besar-besaran untuk meningkatkan lagi popularity Bixbite. Ia sepsis permata yang sangat jarang, maka untuk mendapatkan “finest Bixbite” tentulah lebih susah. Bixbite adalah beratus kali lebih jarang daripada zamrud. Bixbite adalah variasi beryl paling jarang dalam keluarga beryl.
  • Phenakite dengan kekerasan 7.5-8 pada skala Mohs sangat jarang. Ia berwarna putih jernih cerah bila dipotongcanai –namun, penampilannya itu menyamai batu bukit clear quartz yang common. Phekakite adalah batu yang sangat jarang tetapi tidak popular –dan ianya bukan dalam kategori precious.
  • "Salin dari sebelumnya”: Asalnya, kecubung dikira batu yang sangat jarang. Dalam tahun 1650-an di Eropah, kecubung yang berkualiti sangat jarang dan harganya setara dengan berlian pada masa itu. Harga kecubung masih tinggi sehinggalah pada masa Civil War (1900-1944) di eropah, kecubung Brazil mula diimpot dengan kuantiti yang besar. Penerokaan kecubung Brazil secara ekstensif berlaku dalam abad ke-19. Kecubung sekarang boleh dikatakan batu yang common, namun kecubung yang menepati 4C adalah rare –iaitu darisegi warna kecubung gred terbaik ialah ungu kemerahan matang! Selain klariti eye/loupe clean, potongan yang sempurna dan saiz yang besar.
  • Berlian putih asalnya dikira sangat jarang dalam abad ke-13, yang mana pada masa ini hanya disimpan untuk keluarga diraja sahaja. Namun pada masa sekarang, berlian putih secara relatifnya dikira batu yang common. Tetapi kenapa harganya masih boleh kekal tinggi? Jawapannya ialah kerana kawalan yang ketat terhadap sumber, distribusi dan kempen pengiklanan yang hebat diseluruh dunia! Bagaimana kesan kempen pengiklanan dibincang kemudian (dalam bab market manipulation)….insyaAllah
  • Batu Tiger’s eye sangat popular dan jarang di US dalam tahun 1880-an, dan harganya pada masa itu USD5-7 per ct. Kemudian, penemuan sumber yang sangat besar telah berlaku di Afrika Selatan, dan dalam beberapa tahun sahaja harganya jatuh bawah USD0.05 per ct.


Manakala true condition rarities adalah sama maksud dengan apparent rare/market rare seperti dinyatakan serba sedikit sebelum ini, iaitu merujuk kepada batu permata yang mendapat permintaan tinggi tetapi susah untuk didapati dalam pasaran walaupun epsis permata ini dijumpai dalam jumlah yang banyak atau agak banyak dalam perut bumi, dan rarity jenis ini merujuk kepada rarity darisegi mempunyai “kualiti –penilaian 4C’s” dan sifat optikal/fizikal yang ganjil yang dipandang berharga seperti ‘trapiche’, ‘asterism’, ‘chatoyancy’ dll sifat pantulan cahaya.

  • Raja batu berwarna hijau adalah zamrud –tiada batu hijau lain dapat menandingi keindahan warna hijau pada zamrud! Zamrud yang bergred agak baik/bagus atau baik/bagus (fine) masih banyak dalam pasaran, tetapi zamrud yang bergred terbaik/terbagus “top quality” adalah jarang! Iaitu darisegi klariti bersifat “loupe clean” dengan warna bersifat “green grass in wet morning, fresh deep jungle, deep green with neon” –zamrud sebegini penanda berat caratnya adalah 2ct sahaja (zamrud yang fine penandanya 15 ct). Jika ditemui, ia jauh lebih bernilai daripada berlian putih. Lebih-lebih lagi jika zamrud tersebut mempunyai pula sifat cat’s eye atau asterism –lagilah dikira jarang!
  • Kecubung adalah batu berwarna ungu yang sangat cantik warnanya dalam kalangan batu berwarna –ianya diakui sejak lama dulu samada di timur atau di barat! Pada masa sekarang, kecubung telah dikira batu umum –ia tersebar ke segenap pasaran batu permata kira-kiranya. Dikatakan bahawa di Hong Kong, setiap bangunan, setiap pejabat, setiap biliknya mempunyai amethyst geode kerana mengikut panduan Feng Sui. Kecubung yang agak baik/bagus atau baik/bagus banyak dalam pasaran, tetapi yang bergred terbaik/terbagus iaitu perbezaan yang utama darisegi warna dengan “ungu kemerahan” adalah jarang.
  • Raja batu berwarna merah dan Raja Batu keseluruhannya adalah Delima Merah (yaqut ahmar)! Delima Merah Darah Merpati (pigeon’s blood) yang matang dan timbul warnanya dengan klariti loupe clean adalah jarang. Delima sebegini penanda berat caratnya adalah minimum 5ct sahaja, dan ianya jauh lebih bernilai daripada berlian putih. Lebih-lebih lagi jika ia mempunyai gewang bulu ayam, cat’s eye atau star yang sempurna –lagilah dikira jarang!
  • Raja Batu berwarna biru adalah Nilam (yaqut azraq). Nilam terbaik dengan warna cornflower blue (medium-dark violet-blue tone) disamping klariti loupe’s clean adalah sangat jarang berbanding yang bergred agak baik/bagus atau bergred baik/bagus. Nilam sebegini penanda berat caratnya adalah minimum 5 ct sahaja. Lebih-lebih lagi jika mempunyai pula sifat fizikal trapiche yang sempurna, atau star yang sempurna –lagilah dikira jarang!



Daripada beberapa contoh di atas -penilaian kualiti kecantikkan permata berdasarkan 4C – batu yang menepati finest atau top quality adalah paling jarang dalam pasaran, berbanding yang fine. Manakala yang fine lebih jarang daripada quite fine –begitulah seterusnya! Payah atau tidak payah itu, diandaikan buat pencarian yang mana akan jumpa/dapat dulu dan yang mana kah akan mengambil masa yang paling lama untuk menemuinya, serta apakah beza darisegi nisbah bilangan.

Tambahan: Adakah zamrud yang mempunyai bintang?. Jawapan: Ya, ada tetapi sangatlah jarang...dan starnya tidaklah terlalu jelas seperti star pada delima-nilam-yaqut.

Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment