Pages

Tuesday, November 11, 2014

Pertanyaan teman dari Sri Aman, Sarawak (dari sms)

  • Izinkan saya bertanya, adakah kecubung kuning/emas ini adalah cempaka/citrine?
  • Yang org selalu katakana nilam cylon star ni, adakah ianya sapphire?
  • Adakah Ceylon star ini dikategorikan sebagai nilam bermutu tinggi? Maksud saya, adakah nilam yg ada bintang ini dikategorikan sebagai yang mahal harganya dari nilam yang tiada star?
  • Apa yang dimaksudkan air dengan api pada permata? TQ

Salin semula ringkasan jawapan:

  • Dalam masyarakat/pasaran kita akan temui ada beberapa batu permata yang dipanggil/dikait dengan nama cempaka, antaranya (a) bt cempaka atau batu bukit cempaka (quartz)…iaitu batu bukit jernih berwarna kuning (citrine) (b) Akik cempaka …iaitu batu akik yang ada gewang-gewang lapisan awan dalam batu, ada yang berwarna putih (paling banyak), kuning, hijau, biru, merah  (c) batu kecubung cempaka…..iaitu batu bukit yang ada 2 warna atas 1 batu…warna ungu (kecubung) dan kuning (cempaka) (d) akik bunga cempaka…nama ini ada juga dipanggil bagi akik bunga teratai/tanjung/matahari fosil coral itu oleh sesetengah orang (e) nama cempaka juga dikaitakan dengan penjaga batu contoh akik puteri cempaka xxx..dan rupa akik sebegini bukan spesifik kpd 1 jenis akik sahaja.
  • Nilam/nila (bahasa Sanskrit) bermaksud biru. Permata nilam = blue sapphire = blue corundum. Cylon adalah Ceylon atau srilanka. Jadi “nilam cylon star” adalah blue sapphire (nilam) yang ada star dari Ceylon/srilanka.
  • Ceylon adalah nama tempat/lokasi. Lokasi bukan kualiti (klik). Kualiti/mutu sesuatu batu itu dinilai satu persatu secara individu setiap batu tersebut. Batu berkualiti boleh dating dari mana sahaja lombong/tempat/lokasi. Secara umum nilam ada star lebih rare/mahal dari yang tiada star. Sekiranya nilam yang ada star itu kecil, tiada air, retak-retak batunya, warna pula muda….tetapi nilam yang tiada star tadi  daging/airnya batunya tiada retak2, warna tua matang cantik….maka nilam yang tiada star itu lebih mahal dari yang ada star.
  • Air itu dirujuk pada sifat kejernihan/transparensi/ketelusan batu permata, maknanya batu yang legap/opaque tiada air. Api dirujuk pada sifat brilliant/pantulan ncahaya dalam batu atau pada fire/dispersion/pantulan pelangi pada dalaman atau luaran batu. Hanya batu yang ada air (jernih/telus/transparen) berkemungkinan untuk mempunyai api, batu yang tiada air/legap/opaque automatic tiada api pada batu.
Allahu alam.

Pautan:

Warna batang pokok kecubung (klik)(klik)

Kamus makna nilam (klik) nila (klik)

No comments:

Post a Comment