Pages

Friday, April 3, 2015

Pertanyaan tentang Batu Pancawarna, 2 April 2015 oleh saudara MZ (email)

Assalamualaikum en.Azan. Saya mempunyai batu cincin yang dipanggil batu panca warna oleh penjual. Tetapi saya agak was-was dan tertanya2 kerana apabila saya cari tentang batu panca warna di internet, strukturnya agak berbeza dengan apa yang saya lihat di internet. batu nya tidak sama seperti yang saya pakai. batu panca warna milik saya lebih jernih, berwarna warni dan hampir lutsinar apabila direndam di dalam air. jika dilihat hampir serupa dengan batu biduri laut. Di sini saya sediakan beberapa gambar. Harap tuan dapat membantu saya mengenal apakah jenis batu yang saya miliki, apakah benar namanya batu panca warna?adakah ianya ori atau palsu?dan jika ori,apakah kelebihan yang dimiliki batu ini? ~MZ 2 April 2015.




Wa ‘alaikumussalam wrt wbt. Jenis batu dalam gambar yang dihantar ianya dari jenis batu buat/masak/manmade. Batu tersebut dikenali sebagai “iridescence glass” atau biasa juga dipanggil batu pelangi oleh kaki batu. Ia batu masak yang cantik dibuat perhiasan.

Antara ciri-ciri “iridescent glass”:  bila cincin/batu digerakkan akan mempamerkan variasi warna yang berbeza. Iridescent glass ada yang clear (seperti gambar yang dihantar), ada yang nampak semi translusen dan ada yang nampak legap. Warna pelangi dan keamatan warnanya boleh pelbagai – ada yang nipis, sederhana atau tebal sehingga kelihatan legap batunya.

Dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dengan rupa sepesyen (sama kejernihan dan kecantikan pelanginya), dan mempunyai dimensi/saiz batu yang sama. Iridescene glass biasa diguna untuk meniru/menyamar batu moonstone (biasa dipanggil biduri laut atau biduri bulan) yang gred bagus dan Kristal opal yang jernih.

Istilah ‘batu pancawarna’ datang dari negara jiran kita Indonesia, iaitu merujuk kepada batu yang biasanya mempunyai percampuran 5 warna atau lebih. Ia lebih sinonim dengan akik pancawarna (garut/edong dll). Struktur atau rupa akik pancawarna dengan ‘iridescene glass’ memang berbeza.

Khasiat batu bersifat berpelangi (lebih-lebih yang jernih) seperti opal, ialah untuk pengasihan, pelembutan, tarikan, pelarisan dan ianya paling sesuai untuk orang perempuan.

Tambahan: Batu biduri laut/bulan ditemui didaratan bukan dari dasar laut. Dinamakan ‘laut’ kerana pantulan cahaya@gewannya berwarna biru bak air laut.
Allahu alam.

No comments:

Post a Comment