Pages

Sunday, December 20, 2015

Telah Dipos...Cincin Perak Aloi Marjan Qurrata'ain/ Marjan Air





Keterangan Sejarah:

Marjan Qurrata'aini atau Marjan Air ini telah dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaysia pada tahun 1995 oleh Ustaz Azahari Ibrahim. Dibeli daripada pemilik kedai yang berasal dari Yaman. Kedainya terletak berhampiran salah satu pintu Masjidilharam Mekah, dan kini kedai tersebut telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan lain. Sejarah asal usul marjan jenis ini daripada Saba', Yaman, merupakan tinggalan khazanah dahulukala kerajaan Ratu Balqis. 

Almarhum Dato Perdana Paduka Raja Nik Mahmud (1880 - 1964 M) Menteri Besar Kelantan mempunyai seutas tasbih Marjan Qurrata'aini seperti ini berjumlah 33 biji yang berwarna merah.


Beberapa hal berkaitan pengalaman pemakainya:
  • Ia berubah warna. Ada sahabat pakai yang warna asalnya sedikit oren lama-lama menjadi merah. Ada sahabat pakai yang berwarna merah sekata, kemudian ia dengan jelas terbahagi kepada 2 kawasan iaitu separuh menjadi jernih air dan separuh lagi tidak jernih.
  • Dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh beberapa orang sahabat, seutas tasbih Marjan Qurrata'aini dikeluarkan oleh salah seorang daripadanya, kemudian semua yang berada dalam pertemuan tersebut merasa rasa sejuk seumpama dibuka pintu peti ais.

Tambahan:
Marjan Qurrata'aini mempunyai beberapa warna antaranya Merah, Oren, Kuning, Biru, Hitam, Hijau (paling rare).
  • Warna merah sesuai untuk ikhtiar hal pengubatan berkaitan darah. Direndam dalam air dan dibuat mandi bagi anak-anak yang degil. Ikhtiar rabun mata dengan cara menggosok pada kelopak mata.
  • Warna kuning untuk hal berkaitan kepimpinan, ketua.
[Nota: Perubatan menggunakan batu permata disertakan doa-doa]

Allahu'alam.


No comments:

Post a Comment