"Assalamualaikum En Azan kawan sya yg kena barah usus.....Alhamdulillah clear drp penyakit tu minggu lepas check-up kat General Hospital (Singapore)."
"Dan feedback dr doctor pakar suruh dia terus kan dengan amalan (pengambilan) obat tradisional tu"
Tulisan sebelumnya (klik)
BismillahirRahmaanirRahiim.
8 may 2012: 2kg Kemuning Hitam dibekalkan kepada seorang pengkaji (serta pasukannya) untuk pengkajian secara klinikal terhadap penyakit cancer dan aids. Diberitahu pasukan pengkaji mencuba sebanyak 70 jenis herba tempatan kesemuanya. Hasil penggunaan Teras Kemuning Hitam asli: positif melawan sel cancer.
7 Septemper 2015: Mendapat msg daripada sahabat dari Singapore “Yg en hadiah 30pcs tlh sya bahagikan pd teman2 dan saudara2 sya kebetulan teman mengidap cancer stage 2 alhamdulillah bila minum airnye sembuh hanya tinggal 0.7 percent sampai doctor pakar x percaya dan check up skali lagi pd bln oct ni”.
8 Oktober 2015: Msg daripada sahabat yang sama selepas saya bertanya hasil check up bulan Oktober “ Alhamdulillah segala2 da normal tapi doctor specialist kurang puas hati mcm mana begitu cpat blih sembuh jadi appointment lagi skali x silap bln 11 tau 12 dgn kehadiran doctor specialist yg lain sbb mrk x caya sembuh begitu cepat dgn perubatan melayu”
[Nota: Teman kepada sahabat saya menghidap cancer colon/usus, disahkan pada stage 2 oleh doctor pakar.]
**********************************
Lain-lain kisah berkaitan khasiat Kemuning Hitam:
- Seorang hamba Allah menghidap satu penyakit yang mana dalam perutnya ada satu ketumbuhan yang semakin membesar dan berasa sakit. Satu hari ia berjumpa dengan seorang tukang tasbih merangkap kawannya, dan menceritakan hal tersebut, lalu kawannya itu mencadangkan meminum air rendaman kemuning hitam asli. Kebetulan dia telah pun mempunyai seutas tasbih kemuning hitam hasil tangan kawannya itu. Lalu dia berubat dengan meminum air rendaman tasbih kemuning hitam tersebut, lama kelamaan ketumbuhan tersebut beransur-ansur hilang dan tidak berasa sakit lagi.
- Dan dikatakan serta kedengaran dalam masyarakat, sesiapa yang ada sakit dalam perut minumlah air rendaman air kemuning hitam…insyaAllah. Lantaran terdapat kisah-kisah menunjukkan keberkesanan penawar kemuning hitam. [Nota penting: bagi pesakit silalah check dihospital terlebih dahulu]
- Kisah seorang pemuda budiman mengubat kucing dengan pati minyak kemuning hitam: (1) seekor kucing yang terkoyak mulut/bibir nya kerana bertarung dengan kucing lain, diletakkan pati minyak kemuning hitam hari demi hari, kemudian sembuh luka tersebut. (2) seekor kucing yang buruk berlubang kakinya, pada mulanya diletak minyak gamat tetapi kurang berkesan tambahan pula kucing menjilat minyak yang disapukan tersebut, kemudian diletakkan pati minyak kemuning hitam dan akhirnya sembuh sepenuhnya dan minyak yang disapu tidak dijilat oleh kucing (3) Pati minyak kemuning hitam disapu pada kurap pada kulit kucing, kesannya kurap tersebut jadi kering berkeping-keping kemudian luruh, akhirnya kucing tersebut hilang kurapnya.
*************
KISAH TOK MAD NOOR YAAKOB ~ TERAS KEMUNING HITAM TERAS 99 PENAWAR
Suatu masa dahulu, awal 1970-an, bertempat di Dabong, Kelantan. Seorang lelaki menghidap suatu penyakit dalam perutnya, lalu beliau berjumpa Tuan Doktor di klinik kesihatan Dabong. Kali pertama berjumpa dan diberi ubat, namun belum sembuh. Kemudian beliau dating lagi berjumpa Tuan Doktor untuk kali ke2, diberikan ubat, namun masih belum sembuh. Kemudian beliau dating bertemu dengan Tuan Doktor untuk kali ke3 dan Tuan Doktor berkata lebih kurang bunyinya “sekiranya kali ke3 ini belum sembuh juga, selepas ini abang cuba berubat secara ubatan tradisional pula…”. Takdirnya penyakit tersebut belum diizinkan Allah sembuh.
Lalu beliau berusaha berikhtiar mencari penawar kampong. Usahanya itu membawanya bertemu dengan (Allahyarham) Tok Mad Noor Yaakob. Tok Mad Noor Yaakob member air asahan teras kemuning hitam kepada lelaki tersebut. Alhamdulillah, penyakit yang dihidapi oleh lelaki tersebut kemudiannya sembuh.
Selang beberapa ketika selepas beliau sembuh, lelaki tersebut bertemu dengan Tuan Doktor disebuah warung minum teh. Lalu Tuan Doktor bertanya khabar keadaannya sekarang, dan agak terkejut kerana telah sembuh tidak seperti dahulu. Tuan Doktor bertanya, dimanakah perawat tersebut? Lalu beliau menunjukkan rumah Tok Mad Noor Yaakob yang tidak jauh dari stesen keretapi Dabong.
Kemudian Tuan Doktor pergi bertemu dengan Tok Mad Noor Yaakob di rumahnya, bertanya apakah ubat/herba yang telah telah beliau gunakan untuk merawat lelaki tersebut. Lalu Tok Mad Noor Yaakob menunjukkan teras kemuning hitam yang digunakannya. Tok Mad Noor Yaakob adalah insan yang ‘dibukakan/diberitahu 1 hingga 99 kegunaan Teras Kemuning Hitam sebagai penawar’ . Lahirnya ungkapan Teras Kemuning Hitam Teras 99 Penawar bersalasilah dari Tok Mad Noor Yaakob (al fatihah).
Pada tahun 1975, Tuan Doktor akan berpindah ke kampong halamannya di Johor selepas menabur bakti di Dabong. Sebelum pulang, beliau meminta teman/sahabat/pemuda-pemuda Dabong mengumpulkan baginya teras kemuning hitam. Jumlah yang dapat dikumpul sebanyak 2 lori (anggran tidak kurang 2 tan), dan dbawa pulang ke kampong halamannya di Johor. Semua kemuning tersebut dari sekitar Gua Ikan.
********************************************************************************************
Imbasan kembali (klik)
sambungan....Khasiat Kemuning Hitam
Suatu antara pokok atau kayu yang banyak khasiyatnya, daging kayu atau terasnya berwarna hitam, berkhasiyat untuk:
- Demam panas
- Kencing manis
- Uluran
- Buwasir
- Cerah muntah
- Bengkak perut (busung)
- Sakit dalam perut
- Batuk
- Lelah
- Cacing
- Sakit dalam tengkuk
- Sakit dalam mulut
- Mata kabur
- Terlekat uri
- Mabuk ubat, mabuk kulat, atau termakan racun
- Lemah tenaga batin
- Sakit pinggang
- Untuk semuanya terasnya diasah dengan kemenyan, diminum menurut keperluan.
- Bengkak
- Kembung perut
- Sakit sendi
- Kudis, gatal
- Jerawat
- Kebas, serbang
- Lembek/lenguh-lenguh urat
- Sakit pinggang
- Untuk semuanya itu minyaknya disapukan ke tempat berkenaan. Untuk sakit pinggang: boleh juga dipakaikan terasnya dipinggang; dan untuk tenaga batin: dicomorkan minyaknya pada pusat.
- Menawar gigitan bias binatang: diasah dan dicomor; atau dicomorkan minyaknya
- Sakit gigi berlubang: diasah pekat dan dimasukkan ke lubang gigi
- Telinga bunting: diasah dan dititikkan ke dalam telinga
- Penakut hantu/ iblis-syaitan: bila terasnya disimpan dalam rumah
- Penolak sihir/ gunaan ilmu hitam: bila terasnya disimpan dalam rumah
- Luka: diasah dan dicomor pada mata luka
- Penyakit haiwan: diasah dan diberi minum
- Penenang hati
- Melancar peredaran darah
- Susah membuang air: Untuk no8-10: Akarnya direbus dan diminum secara berterusan
- Mengatasi keluarnya darah putih bagi wanita (keputihan): daunnya dicampur kunyit dan akar Tapak Leman direbus, diminum
- Membetul perjalanan darah haidh: daunnya dicampur sedikit kunyit direbus, diminum
- Mengurus dan melangsingkan badan: pucuk daunnya segenggam dan sekerat ibu kunyit dimesen dimasukkan ke dalam gelas serta sedikit garam, dituang ½ gelas air mendidih, maka diadunkan dan ditapis; diembunkan semalaman, diminum keesukkannya sekaligus. Lakukan 2 kali seminggu.
Dipetik dari ENSIKLOPEDIA HERBA-HERBA SEKELILING KITA, oleh Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
********************************************************************************************
Imbasan kembali (klik)
Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna/Penawar”
Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
- Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
- Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
- Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya]
- Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
- Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
- Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
- Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
- Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
- Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan dalam daerah yang sama).
- Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
- Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
- Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
- Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
- Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1:
- Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2:
- Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.
Semua khasiat berlaku dengan izin Allah. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Allahu alam
as salam tuan. maklumat yg sangat bermanfaat. moga teras kayu ini dapat terus d pergunakan utk kebaikan ummah
ReplyDeletesy telah mendapati air rendaman nya juga dapat menyembuhkan demam denggi,insyallah
ReplyDeleteWa alaikumussalam. Alhamdulillah....terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete