Pages

Wednesday, August 3, 2016

Warna Asal & Teknik Menghitamkan Tasbih Teras Kemuning Hitam


  • Teras kemuning hitam yang ditemui ada yang bergubal diluar dan ada yang bergubal di dalam antara teras hitamnya.
  • Jika dibelah yang bergubal di dalam antara teras hitamnya --akan dapat teras yang kekadang mempunyai 2 kawasan.
  • Jika dibuat tasbih, bijinya akan mempunyai seumpama 2 kawasan --teras hitam dan gubal kekelabuan gelap.
  • Teras kemuning yang baru usianya seperti mati akibat kemarau/terbakar hutan --daging hitamnya juga sedikit kurang menyerlah berbanding yang telah lama mati lebih-lebih lagi yang telah lama jatuh di tanah. Namun jika terlalu lama (sangat) telah berada di tanah atau tenggelam dalam tanah warna dan kekemahan daging terasnya juga akan luntur/terjejas.
  • Sesetengah tukang tasbih hanya mengekalkan rupa apa yang asal daripada teras yang dibelah --lalu dapatlah sesetengah bijinya kurang hitam dan sesetengahnya hitam. Lalu persoalan biasa yang terlintas, kenapa tasbih ini kurang menyerlah hitamnya?
  • Sesetengah tukang tasbih tidak mengilap biji yang dibuat, sesetengah tukang menggilap biji tasbih yang dibuat (upah lebih) --kalau digilap, biji tasbih nampak lebih licin dan yang hitam akan kelihatan lebih hitam.
  • Secara umum, berlalu masa dan semakin digunakan tasbih-tasbih baru tersebut akan kelihatan lebih hitam dan lebih berkilat --tasbih kemuning hitam lebih cepat berkilat dan cahaya nya lebih baik berbanding teras lain.
  • Namun, bagi sesetengah tukang/orang, untuk menutup kepudaran warna pada tasbih baru dan gubal yang ada padanya supaya nampak lebih hitam dan lebih sedaging (1) sediakan pati minyak kemuning hitam terlebih dahulu...guna minyak yang tidak berbau (2) pati minyak kemuning hitam tersebut disapukan kepada tasbih dengan tidak terlalu banyak (3) dijemur/dikeringkan dibawah panas supaya pati minyak kemuning hitam tersebut meresap kedalam daging/gubal biji tasbih ---lalu hasilnya kelihatan tasbih Teras Kemuning Hitam yang gagah warna hitamnya dan sedaging.
  • Tasbih yang dirawat sebegini akan kelihatan 'kelainannya' apabila direndam/terkena air atau kena peluh -akan dilihat kelainan khusunya pada celahan gubal tadi. Dan air rendaman sedikit lambat untuk menjadi kuning teh kerana telah bersalut minyak.
  • Rawatan sebegini biasa dilakukan tukang tasbih seberang Golok. Lalu, selepas dilihat 'kelainan' tersebut timbul tanggapan Tasbih Kemuning Hitam 'dye'/celup minyak hitam dan  sebagainya.
Teknik untuk mengetahui kayu biasa yang dicelup minyak hitam/dye untuk menyamar sebagai Teras Kemuning Hitam atau abanos: ricis/gaji kecil ke dalam bijinya --didalamnya didapati putih cerah hanya luaran hitam...blh try 2-3 biji.. dan kebiasaannya lebih ringan sedikit.

Allahu alam.


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum tuan...
    Tolong whatsApp saya tuan! Saya ada pertanyaan peribadi yang hendak ditanya kepada tuan di sana harap sudi whatsApp saya ini.... Terima kasih tuan.
    0189013349

    ReplyDelete