Nota/keterangan/tambahan:
- Semua damar koka apabila ditebuk/gergaji, habuknya mengeluarkan bau wangi kemanisan.
- Rahsia kelebihan damar koka terletak pada bau dan kandungan damarnya.
- Baunya mendahului pemakainya --ikhtiar pengelak ular dan binatang berbisa.
- Habuk damar koka digunakan ikhtiar untuk semua jenis penyakit --menutup luka, selsema, bengkak, bisul, kudis dll.
- Habuknya dibakar untuk bau wangi dan terapi perubatan. Baunya berbeza dengan plastik terbakar.
- Jika habuknya dibakar pada bahagian atas, perlahan-lahan bara merebak ke bahagian bawah --habuknya yang terbakar menjadi warna hitam. Habuknya tidak cair seperti plastik terbakar.
- Damar koka boleh mudah tercalar dan boleh retak/pecah jika terhempas ---kerana ianya adalah damar pokok organik.
- Semua Damar Koka Asli tidak selasak 'plastik' (boleh melantun jika terjatuh atas simen, susah pecah terkena dinding, lebih susah sedikit tercalar).
- Damar koka boleh 'masak' berubah rupa warna kejernihan jika digunakan/dipakai. Contohnya jika yang merah jernih boleh menjadi kelihatan kehitaman (seperti biji tasbih Tok Selehor), jika oren boleh berubah kelihatan kemerahan. Contoh damar koka diatas, daripada Hijau boleh berubah menjadi kekelabuan.
- Contoh damar Koka Hijau diatas ---jenis permata cincin yang dimiliki oleh Almarhum TG Nik Abdul Aziz.
No comments:
Post a Comment