- Pengalaman seseorang mengubat seorang remaja disengat ikan pari: setelah masuk 3 hari berikhtiar belum jumpa ubat penawar. Lalu ditampal kepingan kecil Teras Kemuning Hitam yang dibasahkan dengan air pada tempat sengatan. Ditampal kali per1 melekat kemudian jatuh, dan diulangi sehingga 3 kali. Selepas diulangi sampai kali ke3, rasa sakit kesan bisa pari hilang. Kejadian disengat pari berlaku di Pantai Sri Tujuh Tumpat Kelantan.
- Pengalaman seorang sahabat di Gua Musang mengubat anaknya disengat lipan ketika bermain diluar rumah. Ketulan kecil Teras Kemuning Hitam dibasahkan dan ditampal pada tempat sengatan lipan, dalam 10min kemudian rasa sakit-panas akibat sengatan lipan hilang; anaknya terus berlari dan bermain semula dengan kawan-kawannya.
- Pengalaman seseorang mengubat dirinya sendiri yang dipatuk ular: Teras Kemuning Hitam diasah dan dicomor pada tempat dipatuk ular. Selepas dicomor, rasa sejuk pada tempat patukkan tersebut. Lama kemudian, tiada rasa sakit lagi. Kejadian berlaku di Gua Musang dan agak jauh dari hospital.
- Cara ikhtiar mengubat bisa dipatuk ular dengan Teras Kemuning Hitam: Rendam 1 ketul Teras Kemuning Hitam dan terus beri minum dengan segera air rendaman tersebut kepada orang yang dipatuk ular. Boleh bagi 1 gelas setiap setengah jam atau 1 jam (beri beberapa gelas dalam tempoh beberapa jam). Pada masa yang sama, 1 lagi ketulan Teras Kemuning Hitam terus sahaja dibasahkan dan letak/tampal pada tempat patukkan tersebut. Ia menawarkan bisa patukkan ular, insyaAllah. [Nota: Ikhtiar ini dilakukan sementara dibawa ke hospital dengan segera. Boleh diikhtiarkan bagi yang telah lama dipatut ular dan belum sembuh sepenuhnya].
- Air rendaman teras Kemuning Hitam digunakan untuk mengubat orang tersampuk: Pada 6 Februari 2016 tuan_blog melalui RnR Gua Musang dalam jam 8:00 malam. Berlaku seorang pemuda berusia awal 30an tersampuk diatas kereta apabila melalui kawasan RnR. Bapanya berhenti dan mencari seorang yang Pakcik yang paling berusia di RnR tersebut untuk mengubat anak. Pakcik tersebut lalu membuat air rendaman Teras Kemuning Hitam. Berserta berkat baca BismillahirRahmanirRahim lalu disapukan pada muka pemuda tersebut dengan air rendaman Teras Kemuning Hitam. Lalu pemuda tersebut tersedar, kemudian mereka sekeluarga meneruskan perjalanan.
- Minyak Teras Kemuning Hitam penawar gatal/beher akibat kena tahi ulat (atau ulat): Seseorang kena air hujan bercampur tahi ulat semasa rebut. Tahi ulat dalam daun terbuka ditiup angin dan bercampur dengan air hujan. Lagi digaru bertambah gatal dan timbul bengakak-beher. Lalu disapukan minyak Teras Kemuning Hitam (dan jangan digaru), dalam 10min hilang rasa gatal dan surut bengak-beher.
- Tambahan: Oleh Rajagondang dalam ruangan komen 19/9/16 “ as salam tuan. Maklumat yg sangat bermanfaat. Moga teras kayu ini dapat terus d pergunakan utk kebaikan ummah. Sy tlh mendapati air rendaman nya juga dapat menyembuhkan demam denggi, insyaAllah."
Semua khasiat kelebihan berlaku dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment