Pages

||*Ubat Kencing Manis*||

BismillahirRahmanirRahim





Secara mudah, kencing manis ada 3 kategori/peringkat:

  1. (Hok biasa) Biasa/kandungan gula tinggi
  2. (Hok biru) Kulit jadi lebam kebiruan tapi tidak pecah
  3. (Hok teruk) Kulit dan isi telah buruk/bernanah akibat jangkitan


Untuk yang pertama: Kandungan gula tinggi
Ambil daun laksamana/semambu/neem dibersihkan kemudian direbus 2x gelegak/mendidih (rebus sehingga mendidih kemudian biarkan suam sedikit kemudian rebus sekali lagi sehingga mendidih). Air tersebut diamalkan minum sentiasa, dan 30-40min selepas minum boleh check kandungan gula

Untuk yang kedua: Kulit kebiruan tapi tidak pecah
Daun dan kulit dahan/batang pokok laksamana/semambu/neem dibersihkan direbus 2x gelegak seperti diatas. Airnya diamalkan minum sentiasa, bahagian yang kebiruan tadi akan pecah dan akan keluar lendir/air bisa. Bersihkan lendir/air bisa tadi dengan kain/kapas yang bersih dan bilas dengan air masak bercampur gambir. Teruskan minum sehingga lama-kelamaan lendir/air bisa yang keluar tersebut akan semakin berkurang dan akhirnya kering -dan daging bahagian tersebut kembali normal/kemah.

Untuk yang ketiga: Kulit dan isi telah buruk/bernanah akibat jangkitan.
Untuk kes yang ketiga ini, biasa bahagian terlibat akan dipotong oleh pihak hospital. 

Daun dan kulit dahan/batang pokok laksamana/semambu/neem dibersihkan dan direbus 2x gelegak seperti diatas. Air tersebut (1) diamalkan minum sentiasa (2) air tersebut yang dalam keadaan suam-suam kuku direndam (sentiasa/setiap hari) bahagian anggota yang telah bernanah/buruk tersebut dan kemudian dilap/dibilas dengan air masak yang bercampur gambir. Lap dengan kain/kapas bersih.

Sama seperti kes ke2 diatas, akan keluar lendir/air bisa pada bahagian terlibat.

Nota: Dengan izin Allah SWT untuk kes kategori ketiga ini (yang hampir dipotong), sehingga artikel ini ditulis, telah 3 orang hamba Allah telah sembuh sepenuhnya dengan cara ini. Purata tempoh berubat dengan konsisten diamalkan ialah 3 bulan sembuh sepenuhnya. Doktor yang terlibat juga bertanya kembali kepada pesakit apakah kaedah/ubat/herba yang telah digunakan.

**
**
Pokok Laksammana (nama panggilan orang Kelantan kerana bentuk dan gelinggik daunnya seakan mahkota/sumping/praba pada watak Laksamana dalam wayang kulit). Semambu (nama panggilan orang utara perak/penang/kedah). Neem (nama panggilan orang India dan pokok ini dipercayai berasal dari India)

(Daun yang telah luruh)

Semoga bermanfaat. Allahualam.

4 comments:

  1. Bukan pokok daun pahit ke....gelaran bagi orang Pahang

    ReplyDelete
  2. Daunnya memang pahit...untuk rebus tu kena secukup sesedap rasa...kalau terlalu pahit dikhuatiri tidak boleh minum...Terima kasih Tuan

    ReplyDelete
  3. Daun hijau yg sederhana tua..tua pun blh...pucuk pn blh...campur pn.blh. InsyaAllah

    ReplyDelete