Pages

||Burl ~ Butut/Bonggol/Benjol/Ketumbuhan Kayu@ Kayu Mengandung||

Burl/bur/burr – Bonggol Kayu/Benjol Kayu/Ngoh Kayu/Butut Kayu/Ketumbuhan Kayu/Bisul Kayu/Ketuat Kayu/Kutil Kayu/Tumbol Kayu/Kayu Megandung

  •    Burl ialah satu keganjilan/ketidaknormalan bentuk pada bahagian pokok dibanding dengan bentuk kebiasaan bahagian tersebut. Contohnya, biasa batang pokok lurus tiba-tiba ada bonggol bentuk bulat pada batang yang lurus itu. Bonggol tersebut adalah keganjilan – ianya adalah burl.
  •     Burl boleh ditemui samada pada akar bawah tanah, umbi banir, batang utama atau dahan. Jumlah burl mungkin 1-2 pada sebatang pokok, tetapi boleh memenuhi sebahagian besar pokok. Ada bersaiz besar dan kecil. Luaran burl biasa masih ditutupi oleh kulit pokok.
  •     Burl terbentuk pada pokok yang mengalami tekanan persekitaran, yang mana mungkin berpunca daripada kecederaan, atau serangan virus dan kulat.
  •     Kebanyakkan burl terbentuk pada umbi atau akar bawah tanah. Biasa disebabkan oleh serangan seranga dan kulat.
  •      Sel kayu pada bahagian yang diserang akan membagi dan tumbesar secara berlebihan dan tidak sekata –sama analogi dengan sel cancel pada mamalia. Burl dipanggil ‘ketumbuhan pada pokok’.
  •   Proses tumbesaran yang berterusan yang mengikut kontor asal ketidaknormalan akan menghasilkan semua sifat seperti berpilin-melengkung- tenggelam timbul dalam serat kayu. Biasanya akan menghasilkan corak atau pola urat kayu yang sangat menakjudkan pandangan mata, dan ianya sangat bernilai dalam kerjakayu.
  •      Ianya “keindahan tersembunyi dalam kayu” sama halnya dalam batu permata hiasan “keindahan dalam akik/batu” – yang hanya terserlah apabila dipotong-canai-gilap.
  •     Burl bernilai kerana kecantikkan atau keindahan corak/plot/ira nya, bukan diangkatnilai kerana kekuatan kayunya.
  •     Kegunaan: Dibuat batang pen, hulu/sarung pisau, hulu/sarung keris, buah catur, hulu senapang, badan gitar, dll –yang berestitika tinggi. Jika saiz besar dibuat meja.   
     Pokok Sena: Amboyna Burl & Kiaat
  • Pokok Sena terdapat di Asia Tenggara dan Afrika. Getahnya berwarna kemerahan. Secara umum, teras pokok sena anti anai-anai dan kumbang penebuk.
  • Pokok sena senang didapati, tetapi burl nya susah bdiperolehi.
  • Butut umbi pokok sena yang sangat tua mempunyai corak urat yang sangat cantik dengan nama komersialnya amboyna burl, iaitu antara teras termahal di dunia.
  • Burl pertama yang digunakan oleh pengeluar kereta Rolls-Royce untuk membuat dashboard adalah daripada Amboyna burl.
  • Sifat urat amboyna burl: uratnya seumpama berombak, ikal, berpusar, saling mengunci, saling melintang , tenggelam timbul – dan semua sifat ini member kesan visual 3D yang sangat indah dipandang dari mana-mana sudut sekalipun.
  • Warna amboyna burl: dikelaskan kepada 2 iaitu Amboyna Merah (merah keperangan yang terang dan matang) dan Amboyna Emas (kuning keperangan) atau dikenali sebagai moudui burl.
  • Moudui burl lebih jarang daripada amboyna merah. Umumnya, merentasi masa semua terasnya cenderung berubah menjadi semakin keperangan.
  • Semakin merah terasnya, ia semakin berat.
  • Corak urat amboyna burl (amboyna merah atau amboyna emas/moudui) tidak sama dengan corak teras sena yang usia biasa-biasa yang dipanggil kiaat di Zimbabwe/Afrika.
  • Perkataan “Amboyna” diambil daripada perkataan pulau “Ambon”, Indonesia – kerana dipercayai teras jenis ini dieksport buat pertama kali dari pulau ini ke Eropah dan US.
  • Selain ianya femos dengan perkataan amboyna, istilah Pradauk (asal perkataan Thai) sering digunapakai kepada teras sena jenis burl ini.
  • Nama biasa: Sena atau Angsana (Malaysia), Senokembang (Indonesia), Tnug (Kemboja), Narra (Filipina), Pradauk/padouk/padauk/pradu (Thailand).
  • Nama saintifik: Malaysia/filipina padauk (pterocarpus indicus), Burma Padauk (Pterocarpus macrocarpus), Andaman padauk (Pterocarpus dalbergioides), Zimbabwe padauk (Pterocarpus angolensis), African padauk (Pterocarpus soyauxii).
Halwa mata:


No comments:

Post a Comment