Pages

||PISAU BELATI BANJAR||

Nota: Semua Pisau Belati yang dipaparkan adalah hasil kerjatangan En. Ismail Zainuddin

(Keratan Sinar Harian 2 Jun 2016 ~ En. Ismail Zainuddin)
Pendahuluan
  • Pisau belati dan Urang Banjar sangat berkait rapat. Ianya pisau peribadi serbaguna.
  • Dikatakan setiap lelaki dan wanita di Banjarmasin mempunyai pisau belati sendiri.
  • Kegunaan pisau belati adalah sentiasa (1) untuk kerja dapur atau kenduri kendara (2) senjata mempertahankan diri (3) Sembelihan binatang qurban dan melapah
  • Di kampung-kampung yang mengamalkan kenduri secara bergotong-royong, tradisi setiap urang Banjar akan membawa pisau belati masing-masing dalam menjayakan kenduri tersebut.
  • Secara tradisi belati berhulukan kayu dan bersarungkan kulit, dan cara pemakaiannya diselitkan dipinggang.
  • Ia tidak sesuai diletak dalam poket seluar kerana hulunya yang sedikit berat, dikhuatiri ia keluar dan jatuh dari poket, terutama apabila duduk. Dilaporkan ada kes belati jatuh-hilang dari poket kerana berat hulu -selepas kerja kenduri kendara.
  • Hujung sarung kulit dibuat lebih sedikit supaya dapat bengkok-lentur untuk kelesaan apabila dipakai dipinggang, terutama apabila duduk. Hujung kulit lebih lembut apabila terkena kulit dibanding jika dibuat sarung kayu.
  • Panjang mata pisau belati biasa dari 3 inci hingga 12 inci. Belati mata 12 inci digunakan untuk sembelihan binatang korban. Panjang mata belati 5 inci paling banyak digunakan.
  • Motif tradisi pisau belati seperti seekor ikan : Hulu (ekor ikan), Bilah (tubuh ikan), Bahagian mata tajam (perut ikan).
  • Bahagian tajam mata pisau belati (perut ikan) adalah sedikit lurus-sama, dan ianya amat ergonomik untuk kerja memotong dan menghiris. Desain bentuk matanya sebegitu menang untuk kerja dapur dan kenduri kendara, berbanding mata pisau Jawi yang sedikit melengkung. Manakala hujungnya yang tirus tajam sesuai dengan kegunaannya no. 3(2) diatas.
  • Pisau belati banjar ~penggunaannya banyak berkisar sekitar hujungnya yang tirus.

[Nota: Jika disemenanjung biasa digunakan pisau jawi mata melengkung untuk melapah, Belati  mata lurus biasa menjadi pilihan orang Banjar, Jawa, Bugis dan Sulu untuk kerja melapah]

[Nota: Untuk kegunaan dapur harian sesuai mata steel yang tidak berkarat. Untuk sembelihan/melapah atau outdoor/memancing dll sesuai mata tempa yang lebih tebal dan lasak]

[Nota: Hanya kayu-kayu tertentu yang mempunyai corak menarik indah dipandang dipilih untuk dibuat hulunya] 


(mata pisau rapat ke tempat pemotongan MENANG dalam kerja dapur/kenduri;
disamping dengan hulu kayu yang sedikit berat menambah keselesaan penggunaannya)


Sembelihan kambing guna pisau belati (Klik).

Belati dan kod:
ZT1339, ZT1338, ZT1337, ZT1336, ZT1335, ZT1334, ZT1226 (bermilik), ZT1225, ZT1224 (bermilik), ZT1217 (bermilik), ZT1212, ZT1211, ZT1210, ZT1209, ZT1205, ZT1204 (bermilik), ZT1202, ZT1201, ZT1200, ZT1198, ZT1197, ZT1196 (bermilik), ZT1182 (bermilik), ZT1181 (bermilik), ZT1180, ZT1385, ZT1386

**Harga kebiasaan pasaran RM180 (panjang 3.5 inci) ....RM250 (panjang 5-6 inci). Jika ada yang berminat... berkenan... boleh runding lagi *harga jadi beli*. Jika ada apa-apa kerosakan pada masa akan datang, boleh hantar semula kepada pihak tuan blog untuk dibaiki.


[1] PAMERAN ~ BELATI HULU KEMUNING EMAS BELAK/BELANG AAA 3D, MATA St STEEL 5 INCI, SARUNG KULIT LEMBU





[2] PAMERAN ~ BELATI HULU SURIAN EMAS AAA, MATA St STEEL 5 INCI, SARUNG KULIT LEMBU






[3] PAMERAN ~ BELATI 6 INCI, HULU KEMUNING EMAS AAA (corak motif NAGA), MATA BESI TEMPA, SARUNG KULIT LEMBU (Nota: Hulu tidak disembur clear)









[4] CONTOH SARUNG TEMPAH KHAS (RM60)....SARUNG MODEN KONTEMPORARI





[5] PISAU BELATI HULU KEMUNING EMAS, MATA KETAM PANJANG 5 INCI, SARUNG BELULANG LEMBU TEBAL










1 comment:

  1. Mantap bang, beda pisau bini sama pisau laki itu apa ya bang ?

    ReplyDelete