Pages

Tuesday, May 18, 2010

Pertanyaan & Perbincangan (dari email)

assalamualaikum,
Wa 'alaikumussalam wrt wbt


saya ada sedikit pertanyaan,


1, adakah rubellite source tourmaline itu masih lagi dalam keluarga delima??? atau pun tidak sama sekali??
JAWAPAN:
Mengikut pengklasifikasian ilmu permata moden (gemmology), Rubellite(Tourmaline) bukan dalam keluarga delima (corundum/yaqut) sama sekali. Mereka hanya sama darisegi 'System' sahaja, namun berlainan 'class', 'group' dan 'species'. Ruby ialah ‘red variety of corundum’, jika berwarna pink maka ia sudah dikira sapphire.

Sesetengah orang ada memanggil Rubellite (pinkish red atau red tourmaline) sebagai delima merah dengan sebutan 'delima' atau 'delima tourmaline'.Ini berdasarkan kaedah lama (yang dipegangi oleh sesetengah orang) "asal merah adalah delima" iaitu untuk batu2 yang ada jernih/telus/ada air dengan rupa seakan-akan Delima/ruby. Begitu juga dengan pegangan "asal ada star adalah delima" maka Star Rose Quartz juga dipanggil sebagai delima. Ada juga yang berpegang "asal ada gewan adalah delima" maka banyaklah batu yang bergewan akan dipanggil delima. Begitu juga dalam hal zamrud (emerald) ada yang berpegang "asal hijau adalah zamrud" maka ada batu yang berwarna hijau yang bukan emerald mengikut pengklasifikasian ilmu permata moden (gemmology) dipanggil zamrud. Begitu juga Kyanite dipanggil Nilam kerana warnanya yang biru….disamping factor kekurangan maklumat yang tepat yang menyebabkan peniaga dan pembeli sama-sama tidak mengenali.



2, apa perbezaan antara spinel dgn toumaline???? yang mane yang lebih bernilai??/
JAWAPAN:
Mereka sama darisegi 'system' iaitu kedua-duanya adalah 'inorganic gemstones'. Mereka berbeza darisegi class yang membawa maksud mereka berbeza darisegi “shared chemical characteristics of the highest level”. Class dibahagikan kepada group yang mengandungi species, dan species mengandungi varieties. Rubellite (group Tourmaline) dan Ruby (group Hematite) secara otomatik berbeza group, species dan variety apabila mereka berbeza class. Berbeza species membawa maksud mereka “has a different basic chemical structure”.

Perbezaan lain boleh dirujuk darisegi hardness, toughness, stability, density, RI dsbnya.

Spinel lebih bernilai daripada Tourmaline.


soalan ini berdasarkan sedikit bacaan yang saya buat dan mengalami kebuntuan.
saya berharap en azan sudi menjelaskannya..


wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment