Pages

Tuesday, June 1, 2010

Cantik2 Belaka! Batu Akek Pancawarna Garut/ Akek Cindai.....[ZT117 hingga ZT123]



Sedikit Pengenalan:
  • "Garut" ialah nama sebuah daerah terletak di Jawa Barat, iaitu tambang batu akek jenis berada.
  • "Pancawarna" bermaksud "5 warna" atau boleh difahami "ada banyak warna" atau "berwarna-warni". Dikatakan setiap biji akek jenis ini akan ada paling kurang "5 warna atas satu batu". Pada pemerhatian saya, biasa terdapat "3 kawasan warna utama/major dan 2 lagi kawasan warna minor" bagi memerihalkan kenyataan "5 warna atas satu batu". Untuk mendapat kelima-lima kawasan warna utama yang sekata adalah jarang.
  • Selain 5 warna atas satu batu, ada yang 7 atau 9 atau 11 warna atas satu batu, dan semakin banyak warna maka semakin jarang.
  • "Cindai" dalam istilah Kelantan bermaksud "2 warna atau lebih" seperti panggilan "kucing Cindai" merujuk kepada kucing yang ada 2 warna atu lebih. Mengikut sesetengah orang tua (Kelantan) syarat untuk meletakkan nama "Cindai" pada batu, batu tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 warna.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment