Pages

Saturday, June 19, 2010

ZAMRUD: LOKASI BUKAN KUALITI

Bagi semua batu permata, khususnya zamrud disini….biasa diletakkan nama lokasi datangnya seperti:


a. “Zamrud Colombia”
b. “Zamrud Muzo” (Colombia)
c. “Zamrud Chivor” (Colombia)
d. “Zamrud Brazil”
e. “Zamrud Zambia”
f. “Zamrud Russia”
g. “Zamrud Zimbabwe”
h. Zamrud Sandawana” (Zimbabwe)
i. “Zamrud China”
j. “Zamrud Xinjiang” (China)
k. “Zamrud Australia”
l. “Zamrud Panjshir” (Afghanistan)
m. dll


Colombia merupakan pengeluar Zamrud terbesar dunia iaitu sekitar 65-75%. Manakala Zambia pula mengeluarkan Zamrud sekitar 20%. Selebihnya dikeluarkan oleh Brazil, Russia, Zimbabwe, Pakistan, Australia, Afghanistan dan China. Pakistan (lembah Swat) adalah salah satu pengeluar tertua Zamrud dunia, manakala Afghanistan (Panjshir) dan China (Xinjiang) pengeluar terbaru Zamrud.


Umumnya, masyarakat kita ‘mengecam’ atau membezakan antara zamrud Colombia dan Zambia ialah dengan melihat kepada “warna”, "brilliant" dan “keberkilatan/lustere”nya. Adakah ini muktamad? […BERSAMBUNG]. Secara lebih spesifik, mereka berbeza darisegi “inclusion” (tanda dalaman semulajadi) antara zamrud Colombia dan Zambia.


Apabila membicarakan “kualiti”, biasa merujuk kepada batu yang telah siap dicanai, maka topiknya ialah “4C –Color, Clarity, Cut & Carat” dan dikilaskan sebagai “air”. 2C’s yang paling utama dilihat ialah Color & Clarity kemudian baru dilihat kepada 2C’s seterusnya iaitu Cut & Carat. Dalam penilaian zamrud, penilaian Color & Clarity paling mustahak, namun pada tahap akhir penilaian Color lebih mustahak berbanding Clarity. Kenapa? […BERSAMBUNG]


Dalam dunia zamrud khususnya, telah timbul sejak lama dahulu lagi kenyataan-kenyataan diseluruh dunia yang dicanangkan oleh banyak pihak yang mengaitkan “kualiti dengan lokasi” iaitu “Zamrud Colombia adalah terbaik” dan kenyataan ini dicanangkan lagi bersambungan seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Kesannya, asalkan batu tersebut ‘dikatakan’ dari Colombia, maka ia mendapatkan persepsi yang baik tanpa melihat 4C’s batang tubuhnya. Mutakhir, hampir keseluruhan Gemmological Association seluruh dunia telah dan sedang memperbetulkan semula persepsi seperti ini dengan penegasan bahawa “kualiti bukan berdasarkan lokasi!” dan “kualiti batu ialah kualiti apa yang ada pada batu tersebut!”. Ini kerana dalam urusan jualbeli batu kita menilai setiap biji batu secara individu, bukan selombong batu! Adapun kenyataan umum “kebiasaan atau kebanyakkan Zamrud terbaik (finest) didapati dari lombong-lombong Colombia..”tidaklah salah. Slogan “kualiti berdasarkan lokasi’ kadang-kadang boleh mengelabui dan menutupi kualiti yang sebenar khususnya mereka yang baru bermesra dengan zamrud (atau batu permata umumnya).


Mutakhir, selepas timbul Zamrud Panjshir (Afghanistan), dicanangkan pula “zamrud-zamrud Panjshir dapat mengalahkan kualiti zamrud Colombia”. Secara tidak langsung, kenyataan ini juga merupakan dalil bagi menolak kenyataan bersifat "lokasi menentukan kualiti" khususnya "zamrud-zamrud terbaik adalah zamrud Colombia". Hakikatnya, zamrud-zamrud yang terbaik ("top-quality"; "finest") didunia yang dinilai dengan 4C's terdapat hampir dikesemua lombong-lombong zamrud. Lebih berkualiti maka lebih bernilai, tanpa dipengaruhi oleh lombongnya. Oleh sebab itu sebiji zamrud yang "finest" dari Brazil lebih tinggi nilainya daripada sebiji zamrud Colombia yang kurang sedikit kualitinya, dengan perbandingan kualiti cutting dan berat carat yang sama. Begitu juga, jika terdapat 2 biji zamrud dari sama lombong dengan kualiti cutting dan berat carat yang sama, yang mana sebiji "finest" dan sebiji lagi kurang sedikit kualitinya, maka yang "finest" lebih bernilai. Sebagai info tambahan, zamrud Panjshir (Afghanistan) yang lombongnya dikuasai oleh puak Taliban yang dijual secara ‘black market’ dikategorikan sebagai ‘conflict stone/gems/gemstone’ diperingkat antarabangsa termasuk Berlian dari beberapa lombong di Afrika. ‘Conflict stone’ ialah mana-mana batu permata yang sudah siap dicanai atau belum dicanai lagi yang mana perlombongannya tersebut terdapat tindakan-tindakan yang mencabuli hak asasi manusia (penyeksaan, kerahan tenaga paksarela dsbnya) dan/atau hasil penjualan permata tersebut digunakan untuk membiayai kegiatan terorisma. Walhal, zamrud Panjshir yang terbaik-terbaik dipasarkan di US jua!


PENUTUP:
Hakikat menilai batu ialah secara individu batu tersebut, walaupun sama lombong kerana kualiti sebiji batu ialah kualiti setara mana 4C’s batang tubuhnya, tanpa perlu melihat kepada lombongnya. Batu mana yang anda minat itulah batu anda, tidak kira dari mana lombongnya! Hal lombong adalah hal no.2.


Tambahan:



  • Isu Taliban dari puak mana, terpulang kepada masing-masing.


  • Nota: dalam artikel ini, hanya dibicarakan zamrud sahaja


  • Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Salam. Saya nak Tanya berkenaan dengan batu jenis tiger eyes. Adakah batu jenis INI terdapat di Malaysia? Saya bercuti di port Dickson baru2 INI Dan terjumpa batu jenis tiger eyes di tepi pantai. Batu DLM bentuk asli Dan belum dicanai. Harap dapat beri maklumat berkenaan batu tersebut. T.kasih. hj amin, gombak.

    ReplyDelete