Pages

Thursday, October 14, 2010

"Green Beryl @Barrel" - Zamrud Tidak Cukup Syarat

Pendahuluan

'Green beryl' atau dalam masyarakat kita disebut eja juga 'green barrel'. Nama lain 'green beryl' di Barat ialah 'pale green beryl', 'light green beryl' dan kadang-kadang dipasarkan dengan nama 'light emerald' atau 'green aquamarine'. Ianya variety beryl yang paling banyak dalam group beryl.

*


Imbasan

Emerald (zamrud) ialah beryl berwarna hijau dengan warna hijaunya mesti melepasi intensiti tertentu...iaitu warnanya mestilah pekat, tua (sebagaimana yang ada dalam pasaran). 'True emerald' ialah 'rich green beryl'. Unsur penyebab warna hijaunya ialah daripada unsur Chromium dan biasanya bercampur sedikit dengan Vanadium. Sesetengah negara Barat hanya menerima Emerald yang unsur penyebab warna hijaunya hanya daripada Chromium (memerlukan pengesahan lab).Manakala Aquamarine ialah blue beryl dengan unsur penyebab warna birunya ialah daripada unsur Iron (Fe).

*


Green Beryl

Warna 'green beryl' ialah 'hijau cair muda..' atau 'hijau cair muda sedikit kebiruan..'. Unsur penyebab warna hijaunya ialah daripada unsur Vanadium. Manakala unsur penyebab warnanya sedikit kebiruan ialah daripada unsur Iron (Fe). Secara mudah, trace element bagi green beryl ialah Iron (Fe) dan/atau Vanadium (V).

*


Perbezaan Klariti Antara Emerald, Aquamarine & Green Beryl

Emerald ialah variety beryl yang sangat-sangat payah untuk mencari clarity yang 'eye-clean'. Aquamarine yang 'eye-clean' boleh dijumpai dalam pasaran dengan agak banyak walaupun dalam saiz yang agak besar..ianya boleh didapati, tetapi mustahil bagi zamrud terutama yang bersaiz 15cts ke atas lebih-lebih lagi yang 'loupe-clean'. Sebaliknya, variety pale green beryl boleh didapati dengan banyak yang berklariti 'eye-clean' dalam saiz yang besar-besar...dan ciri-ciri green beryl selain berwarna hijau cair muda dengan biasanya sedikit awa kebiruan ialah klaritinya yang biasanya 'eye-clean'.

*


Sumber Batu

Biasa terdapat dilombong yang menghasilkan Aquamarine seperti Brazil, USA, Pakistan, Australia, Myanmar, China, India, Madagascar dan beberapa tempat di Afrika.

*


Kesimpulan

'True emeralad (Zamrud)' ialah 'rich green beryl' dengan trace element-nya daripada Chromium (Cr) dan/atau Vanadium (V). Manakala 'Green beryl' ialah 'pale/light green beryl' dengan trace elemnt-nya daripada Vanadium (V) dan/atau Iron (Fe). Maka 'green beryl' dikatakan "zamrud tidak cukup syarat walaupun kedua-duanya berwarna hijau..." iaitu mengikut pembahagian orang Barat. Adapun pada sisi masyarakat kita, kadang-kadang ianya diterima atau dipanggil Zamrud atau Zamrud muda.

*

**

***


Tambahan:



  • Jika green beryl @pale green beryl tadi dikenakan rawatan haba, sesetengah daripadanya akan bertukar menjadi biru (dan dijual bersama Aquamarine). Perubahan ini disebabkan oleh kandungan unsur Iron (Fe) dalam sesetengah green beryl.


  • Sekiranya di-overheating green beryl tadi atau Aquamarine yang sedikit awa hijau, semua warna-warna tersebut boleh hilang terus.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment