Pages

Saturday, October 23, 2010

Catatan Kenangan...Beberapa Kilauan Bermanfaat Daripada Permata Yang Telah Kembali Kepada Pencipta-Nya

Pada hari Raya ke-8 lepas, seorang tukang cincin (perak & suasa) merangkap guru dan sahabat tuan_blog telah pulang ke Rahmatullah. Apabila bertandang ke kedainya hampir wajib minum kopi bersama. Meninggal dunia pada usia 68 tahun, dan mula berkecimpung dalam dunia cincin dan batu permata sejak berusia skitar 17 tahun. Pada sisi saya beliau adalah 'sebiji permata bernilai' yang sukar dicariganti, dan antara sebahagian 'kilauan'nya yang agak releven disampaikan ialah seperti berikut:
  • Apabila bertemu dengan beliau, beliau seringkali menyebut dan mengulanginya tentang hakikat tujuan penciptaan manusia dan perjalanan manusia menuju akhirat. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya. Tentang perjalanan manusia, beliau sering menyebut akan intipati perjanjian roh semasa di alam roh, sebelum manusia dilahirkan. Katanya "..apabila manusia ditiupkan roh di dalam rahim,...kemudian dilahirkan,...kemudian membesar dan meningkat dewasa,...kita berasa sedap berada dalam sarung jasad, dan kita telah lupa akan perjanjian kita dengan Allah SWT semasa di alam roh..". Apakah perjanjian tersebut? Oleh kerana kita tidak tahu dan lupa untuk mencari kembali intipati perjanjian tersebut, maka kita tidak akan kenal diri kita.
  • Kata beliau"..untuk nak kenal diri, maka kena kenal Muhammad, dan kena kenal Allah SWT. Untuk mengenal Allah, kena kenal Muhammad, dan kena kenal diri. 3 serangkai ini tidak boleh bercerai tanggal...". Kerana Muhammad saw-lah maka kita tahu akan perjanjian di alam roh tadi. Kata beliau lagi "..ilmu mengenal diri amat luas, lebar dan dalam kaitannya..". Oleh kerana tidak kenal akan diri, akan Nabi Muhammad saw dan Allah SWT maka pelbagai perbuatan manusia atas nafsu semata-mata dan seoalah-olah tiada Tuhan atau dialah Tuhan.
  • Tentang batu permata, antara lain beliau sampaikan "Batu boleh jadi sebab untuk rezeki.." iaitu melalui jualbeli batu permata tersebut. Terdapat satu kisah menarik "terdapat seorang pemuda datang untuk membeli batu permata dikedainya, dalam banyak-banyak batu yang dipamerkan, si pemuda tersebut tertarik pada sebiji delima masak. Dikhuatiri si pemuda tersebut tidak kenal batu itu batu delima masak, maka beliau memberitahunya, namun pemuda tersebut tetap mahu membeli batu itu walaupun telah dinyatakan berulang kali.."
  • Seorang sahabat beliau pernah bercerita "...dalam usia muda, beliau berkerja sebagai tukang dengan seorang tauke. Apabila datang Gurka membawa batu, tauke beliau akan memanggil beliau untuk memilih batu untuknya, mana-mana batu yang beliau pilih akan dibayar oleh tauke beliau tanpa soal kerana pecaya kepada keahlian beliau memilih batu permata. Suatu ketika si Gurka datang kepada beliau supaya memilih semua (banyak) batu untuk taukenya nanti akan diberikan komisen untuknya, namun beliau menolak. Katanya "ini Gurka...itu tauke aku yang membayar gaji aku.."
  • Antara lain kata beliau "antara batu ada power dengan batu tiada power lebih baik ambil batu yang ada power..". Istilah power ialah istilah yang digunapakai dalam masyarakat ganti kepada istilah aura atau energi.
Sekadar catatan kenangan. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment