Pages

Saturday, November 6, 2010

Hikayat 7 Biji Batu Yang DiAmbil Menjadi Saksi Akan Pengakuan Ikhlas Syahadah Seorang Lelaki Semasa Wukuf Di 'Arafah

Dan telah menghikayat oleh Imam Ar-Razi Rahimahullah Ta'ala, bahawasanya seorang lelaki wukuf di 'Arafah, dan adalah pada tangannya tujuh batu, maka berkata ia:
*
(yang bermaksud:) "Hai segala batu saksi olehmu bagiku bahawasanya aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
*
Kemudian maka tidur ia, maka melihat ia di dalam tidurnya seolah-olah hari qiamat sudah berdiri dan dihisab akan lelaki itu, maka telah wajib baginya neraka. Maka dibawa akan dia kepada satu pintu daripada pintu neraka jahanam. Maka datang satu batu daripada tujuh batu itu mencampak akan dirinya atas demikian pintu itu. Maka berhimpun segala malaikat 'azab atas mengangkatkan dia, maka tiada kuasa mereka itu. Maka dibawa akan dia kepada pintu yang kedua, maka datang batu yang kedua seperti batu yang pertama itu jua. Demikianlah hingga tujuh pintu kemudian, maka dibawa akan dia kepada 'Arasy, maka firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Hai hambaKu! Telah engkau mensaksikan segala batu itu, maka tiada ia mensia-sia akan hak engkau. Dan Aku naik saksi atas syahadah engkau atas mentauhidkan Daku, masuk olehmu akan syurga. Maka tatkala hampir ia daripada pintu syurga, maka tiba-tiba segala pintu terselak, maka datang syahadah "La ilaha illallah" dan dibuka akan sekalian pintunya, maka masuklah demikian lelaki itu. Wallahu a'lam.
*
Dan memadalah kelebihan kalimah "La ilaha illallah, Muhammad rasulullah" itu bagi orang yang menuntut kemenangan dunia dan akhirat. [petikan dari kitab al-Jauhar; bab yang ke-2].
*
**
Boleh diamalkan pada batu permata pada cincin dan tasbih. Semoga Dia Yang Maha Kuasa menerima amalan kita sebagai amal yang soleh pada sisi-Nya, amin. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment