Pages

Wednesday, November 10, 2010

“Marange Diamond”

Medan Marange (marange field) ialah satu kawasan yang kaya dengan berlian di bumi Zimbabwe. Berlian Marange masih dikategorikan dalam “conflict diamond” oleh badan-badan berkaitan berlian antarabangsa seperti Kimberly Process (KP), World Federation of Diamond Bourses dan juga pihak European Union (EU). Kimberly Process (KP) ialah satu badan yang dianggotai oleh kerajaan-kerajaan (negara), pihak indusri dan masyarakat bertujuan mengawal pengaliran "conflict diamond". Ianya satu badan berautoriti antarabangsa yang dianggotai oleh 49 ahli yang mewakili 75 negara (pada tahun 2009), yang menghendaki ahlinya supaya mengesahkan "conflict-free" pada setiap berlian mentah yang dieksport. Contoh “conflict diamond” ialah seperti dalam filem “Blood Diamond” yang berlaku di Sierra Leone. "Conflict diamond" telah memporak-perandakan Angola, Cote d'Ivoire (Ivory Coast), Republik Rakyat Congo selain Sierra Leone.

Sesuatu batu permata dikategorikan sebagai “conflict” apabila segala bagai urusan berkaitan batu permata tadi khususnya berkaitan perlombongannya menindas hak asasi manusia, atau menjadi punca konflik, atau penjualannya menjadi dana untuk kegiatan terorisme. Topik “conflict gems” adalah satu topik yang dibincangkan dalam dunia batu permata oleh badan-badan berkaitan.

Berbalik kepada Marange Diamond, ianya diharamkan diperingkat antarabangsa selepas askar kerajaan Zimbabwe dibawah pimpinan presiden Robert Mugabe menembak dari helikopter dan menyeksa orang awam yang melombong berlian di Medan Marange. Dilaporkan seramai 200 terkorban yang berlaku dalam tahun 2006. Dilaporkan oleh sumber badan hak asasi, sehingga kini masih berlaku kerahan tenaga orang awam untuk melombong berlian di Medan Marange. Medan Marange dijaga oleh pasukan tentera sehingga kehari ini.

Cerita asalnya: Konflik terhadap hak eksplorasi dan melombong Medan Marange berlaku antara dua syarikat perlombongan iaitu ZMDC (Zimbabwe Mining Development Corporation –sebuah syarikat milik Zimbabwe yang kurang kelengkapan teknologi perlombongan) dan ACR (African Consolidated Resources PLC –sebuah syarikat British yang lebih berkelengkapan teknologi perlombongan). Pada masa itu Medan Marange baru diusahakan bersama antara kerajaan Zimbabwe dan syarikat ZMDC secara skala kecil tanpa kawalan yang ketat. Namun, syarikat ACR mendakwa syarikatnya dahulu yang meneroka kawasan Medan Marange dan terlebih dahulu mendapat hak perlombongan berlian di Medan Marange, dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi di Harare, Zimbabwe. Semasa kes ini dibicarakan di mahkamah, masyarakat awam menyerbu Medan Marange untuk mencari berlian. Dilaporkan jumlahnya mencecah sehingga 40 ribu orang setiap hari, sehingga berlaku pertumpahan darah sesame sendiri. Ini disebabkan oleh tempat perlombongan adalah terbuka tiada sempadan maka apa-apa sahaja boleh berlaku. Hal ini berlarutan sehingga 4 hingga 5 bulan sebelum kerajaan Zimbabwe datang menembak mereka dengan helicopter dan menghalau mereka dari Medan Marange. Kisah serbuan orang awam seramai 40 ribu orang tersebut dikenali sebagai “window to Diamond”. Dalam tempoh perlombongan oleh orang awam tersebut dan sehingga kini, jumlah berlian yang berjaya dilombong ialah sekitar 200kg setiap bulan. Kebanyakkannya berlian berwarna brown, yellow dan green’s skin.

Penyelesaian konflik Medan Marange: Kerajaan Zimbabwe sedang dalam rangka berkerjasama dengan syarikat perlombongan yang berkaitan untuk memajukan Medan Marange, dengan mengambil model kerangka perlombongan berlian di Botswana yang mana kerajaan Botswana berkerjasama dengan De Beers dan membentuk Debswana dengan pegangan saham 50-50% dalam syarikat. Perlombongan berlian adalah tulangbelakang ekonomi Botswana.

Aspek geologi Medan Marange: Jika di Afrika Selatan berlian dilombong dari Kimberlite pipe, di Australia berlian dilombong dari Lamproite pipe, di Sierra Leone dari alluvial…di Medan Marange ianya dari alluvial dengan sedikit perbezaan. Dilaporkan bahawa sehingga kini “main source” atau “kawasan ibu” bagi berlian Medan Marange ini masih belum ditemui.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment