Pages

Sunday, April 13, 2014

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG “FIRE AGATE”

PENGENALAN
  • Ianya satu variasi dalam keluarga chalcedony; tergolong dalam microcrystalline quartzes.
  • Ianya tergolong dalam kategori permata semi-precious.
  • Ianya didapati samada dalam bentuk tumpat-penuh warna atau mempunyai urat-garisan atau boleh juga ditemui mempunyai inklusi lumut-dendritik. 
  • Hanya dijumpai di kawasan tertentu di Utara Mexico dan di Baratdaya US (Arizona) 
  • Kekerasan Fire Agate ialah 6.5-7 pada skala Mohs, iaitu suatu kekerasan yang bagus untuk menghalangnya daripada malap, retak dan tercalar dengan mudah. (Kritikal Hardness ialah 7 pada skala Mohs)


PEMBENTUKAN
  • Di anggarkan sekitar 24-36 juta tahun dahulu, kedua-dua kawasan ini mengalami aktiviti volkanik besar-besaran.
  • Fire agate terbentuk pada waktu ini iaitu apabila air panas yang bercampur dengan silica dan iron oxide, secara berulang-kali dan berterusan mengisimasuk memenuhi rekahan dan ruang batu-batuan disekitarnya.


FENOMENA PELANGI (IRIDESEN)
  • Fire agate mempunyai iridesen warna pelangi yang sangat cantik seperti Opal.
  • Fenomena iridesen warna pelangi Fire Agate sama halnya dengan fenomena warna pelangi pada mother-of-pearl iaitu dikenali sebagai Schiller effect (link).
  • Ianya disebabkan oleh susunan lapisan silica dan iron oxide yang mana akan membenar dan membelau cahaya melaluinya serta membentuk interferen warna yang dikenali sebagai “fire”.
  • Fenomena “pelangi” boleh diserlahkan dengan potongan cabochon.


Tambahan:

  • Terdapat sejenis akik yang dikira agak rare iaitu dikenali sebagai Iris agate (link) (link), ianya mempunyai iridesen yang sama dengan fire agate. Manakala iris quartz (link) juga sama tetapi iris quartz disebabkan oleh keretakan dalaman.
  • Permata yang mempunyai fenomena pelangi (iridesen): Fire Agate, Opal, Ammonite (link), Labradorite (link), Paua (link)/Nacre/Mother-of-pearl (link).

No comments:

Post a Comment