Pages

Tuesday, April 29, 2008

Nilam (Blue Sapphire)

Nilam termasuk dalam kategori Yaqut. Yaqut pula mempunyai 7 warna/jenis semuanya. Termasuk dalam kategori Yaqut ialah Delima Merah. Almaklum, secara general orang putih memisahkan antara Ruby dan group batu Sapphire walaupun ianya berada dalam scala Mohr yang sama, tetapi tidak bagi orang Arab. Namun tidak dinafikan ada articles gemologist yang menghubungkaitkan secara langsung antara Ruby dan group batu Sapphire.
Bila disebut Nilam (Blue Sapphire), biasa disebut/dijumpai 3 jenis Nilam daripada tuturbicara peniaga.....iaitu Nilam Burma, Nilam Seilan (Sri Lanka) dan Nilam Nepal. Hanya Nilam Burma dan Seilan (Sri Lanka) yang tergolong Blue Sapphire yang kekerasannya dalam scala Mohr pada no 9. Manakala Nilam Nepal sebenarnya ialah Kyanite, tidak termasuk dalam sebutan sebenar Blue Sapphire.

No comments:

Post a Comment