Pages

Monday, May 5, 2008

Info baru....

Hujung minggu lepas, saya sempat pulang ke kampung dan berkesempatan 'menunjukkan' beberapa jenis batu permata kepada orang tua-tua yang saya kenali, juga peminat batu-batu permata. Antaranya batu-batu Aqiq Pancawarna Garut yang ada dalam simpanan penulis. Yang menariknya penulis mendapat ilmu baru bahawa aqiq jenis Pancawarna Garut ini juga dikenali sebagai "Aqiq Cindai"...penerangan mereka juga sama iaitu ada yang 5 warna, 7 warna, 9 warna, 11 warna dan seterusnya. Juga info-info lain yang berkaitan seperti tempat asalnya. Bukan seorang yang menyebutnya sebagai Aqiq Cindai, bahkan setiap orang tua-tua yang penulis jumpa ( yang diakui ilmu & pengalaman mereka) menyebut begitu. Yang berada dalam simpanan penulis (seperti dalam gambar) adalah jenis "Aqiq Cindai Lumut".

Manakala bagi Aqiq Cempaka yang telah saya sentuh serba sedikit dahulu, dikenali juga sebagai "Batu Aqiq Pandan Baiduri", yang mana giwan/gewannya (silk) seperti sisit ikan Selat. Batu ini banyak terdapat di Pagar Ruyong, Sumatera. Ianya merupakan salah satu daripada kira-kira 25 jenis batu yang berasal dari bumi Indonesia yang tidak atau jarang dilepaskan ke negara lain. Di antara 25 jenis batu tersebut ialah termasuk Batu Aqiq Pancawarna garut, Batu Aqiq Pancawarna Sungai Nagiri, Sumatera (dikenali juga sebagai batu rahsia orang Minang), Batu Aqiq Lumut Sungai Darik, Batu Tapak Jalak dan sebagainya. Saya mempunyai pengalaman meng'order' batu-batu dari Indonesia sejak zaman belajar lagi, pada masa itu terdapat sahabat-sahabat dari tanah seberang. Budi perkerti mereka amat halus dalam bergaul. Tedapat pengalaman yang indah dan pahit dalam urusan jual-beli batu dari tanah seberang ini. Indah bila kita mendapat batu ori yang kita kehendaki.

No comments:

Post a Comment