Apabila kita tidak berhajat, teras Kemuning hitam dikatakan dapat dilihat dibanyak tempat dengan agak senang (yang bermutu atau kurang bermutu/pecah/retak)...namun apabila kita berhajat, ianya seolah-olah lesap lebih-lebih lagi yang bermutu. Sehingga tukang buat tasbih pun terpaksa membeli tongkat Kemuning yang telah digunakan untuk membuat produk tasbihnya. Kekadang apabila tersua atau disuakan dengan kemuning dalam jumlah yang banyak, kita pula kekurangan modal. Sesuatu benda itu kekadang berlalu kerana rasa ketemehan yang ada dalam hati kita, kekadang ia berlalu kerana diluar kemampuan kita untuk mendapatkannya. Hendak 1001 daya tak hendak 1002 dalih.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment