Pages

Monday, November 3, 2008

MIMPI BERKAITAN BATU PERMATA

PERMATA

  1. Permata di dalam mimpi bererti orang perempuan. Jika banyak bererti wang. Mimpi menjual permata bererti sibuk dengan urusan wanita
  2. Mimpi melihat dua permata, yang satu dilubangi dan yang satu lagi tidak, bererti melihat dua orang perempuan, seorang gadis, yang seorang lagi janda
  3. Mimpi melihat permata intan berwarna putih, bererti anak lelaki
  4. Mimpi melubangi permata intan bererti kahwin dengan seorang gadis

YAQUT

  1. Mimpi ada orang mencuri permata Yaqut, kemudian diberikan kepadanya, bererti perempuan haram
  2. Yaqut yang besar bererti wang tetapi dengan cara yang tidak disukai
  3. Mimpi mendapatkan permata Yaqutnya sendiri, bererti memperolehi apa yang diperlukan
  4. Yaqut yang tidak cacat, bererti wang yang halal. Permata yaqut yang cacat bererti wang yang haram

FAIRUS

  1. Batu Firus di dalam mimpi bererti kekuatan, keuntungan dan cukup keperluannya. Jika banyak, bererti keadaannya mulia, mendapat wang dan kekuasaan

ZAMRUD

  1. Batu Zamrud di dalam mimpi bererti anak-anaknya, saudara-maranya dan wang yang halal

ZABARJAD

  1. Batu Zabarjad bererti orang lelaki yang kuat pendirian dan cita-citanya tinggi, kebaikan, kegembiraan dan harta

BATU BELANDA (?)

  1. Batu Belanda di dalam mimpi bererti perempuan hina
  2. Mimpi mempunyai batu Belanda tetapi hilang, bererti menceraikan isterinya, atau dia meninggalkan isterinya
  3. Mimpi menjual batu Belanda, bererti meminang seorang perempuan yang kurang baik. Demikian juga takwilnya jika berimpi melihat bekas yang dfiperbuat daripada benda ini

‘AQIQ

  1. Batu ‘Aqiq di dalam mimpi beerti orang-orang salih
  2. Mimpi diberi batu ‘Aqiq bererti bersahabat dengan orang-orang salih
  3. Mimpi mempunyai banyak batu ‘Aqiq bererti mempunyai wang dan nikmat sesuai dengan jumlah batu ‘Aqiq itu
  4. Mimpi melihat bekas diperbuat daripada batu ‘Aqiq, kemudian dia minum menggunakan bekas itu, bererti mempunyai anak yang mulia, banyak wang dan mendapat nikmat

MUTIARA

  1. Mutiara di dalam mimpi bererti perempuan yang baik
  2. Mimpi mempunyai Mutiara yang banyak bererti wang dan nikmat
  3. Mimpi melihat Mutiara yang berbeza-beza bererti al-Quran
  4. Mimpi melemparkan Mutiara ke dalam api, bererti seorang lelaki mempelajari dengannya ilmu pengetahuan dan hikmah padahal dia belum lagi mahir
  5. Mimpi menemui Mutiara bererti dikurniai anak. Firman Allah swt dalam surah at-Tur 52:24 bermaksud “ Seolah-olah mereka mutiara yang tersimpan
  6. Mimpi melihat Mutiara yang besar, bererti dia mendapat wang yang banyak
  7. Mimpi menjual Mutiara, bererti memperolehi ilmu. Jika bukan ahli ilmu bererti memperolehi sesuatu yang baik
  8. Mimpi membuang Mutiara di bawah kakinya, bererti mengahwinkan anak perempuannya
  9. Mimpi Mutiaranya pecah bererti kerosakkan anaknya, atau terjadi perpisahan antara keduanya
  10. Mimpi memnperolehi Mutiara yang ditatah rapi bererti membaca al-Quran atau mengajar al-Quran
  11. Mimpi memperoleh Mutiara yang tersebar bererti memperolehi ramai anak. Firman Allah swt dalam surah al-Waqiah 56:17 bermaksud “Berputar di sekeliling mereka anak-anak yang kekal
  12. Jika Mutiara dilubangi bererti beberapa wanita yang baik-baik. Firman Allah swt dalam surah al-Waqiah 56:23 bermaksud: “Seperti Mutiara yang tersusun rapi
  13. Jika Mutiara itu besar bererti mendapat rezeki. Allah swt berfirman dalam surah ar-Rahman 55:22 bermaksud: “Keluar dari keduanya Mutiara dan Marjan (mutiara yang kecil)
  14. Mimpi menelan Mutiara bererti mendapat hikmah dan ilmu
  15. Mimpi Mutiara keluar daripada mulutnya bererti bicara yang baik dan taqwa
  16. Mimpi melihat Mutiara di tempat timbunan baja atau tempat di tempat yang tidak sesuai untuk meletakkan Mutiara, bererti melecehkan ilmu
  17. Mimpi mendapat Mutiara di tangannya bererti dikurniai seorang anak
  18. Mimpi memasukkan Mutiara ke dalam mulut bererti baik ibadahnya
  19. Mimpi melemparkan Mutiara ke dalam saliran air atau ke dalam telaga vertí berbuat baik kepada orang ramai
  20. Mimpi melihat batu Mutiara yang dilubangi takwilnya sesuai dengan jenis Mutiaranya

LAIN-LAIN

  • Mimpi melihat batu permata yang dilubangi berwarna-warni tersebar bererti melakukan pekerjaan yang mengkhuatirkan
  • Penjual batu permata di dalam mimpi bererti orang yang memeluk agama, mempunyai ilmu pengetahuan dan beribadah kepada Allah swt
  • Penyelam di dalam mimpi bererti memperolehi ilmu. Mimpi menyelam di dala laut, kemudian mendapat mutiara, bererti memperolehi ilmu pengetahuan, makrifat, dan wang daripada penguasa
  • Mimpi menyelam ke dalam laut, lalu mendapatkan mutiara yang mahal, bereti tercapai cita-citanya, memenuhi segal keperluannya
  • Mimpi mencetak emas asli, bererti kata-katanya baik
  • Mimpi dirinya menjadi sejenis besi, bererti tenaganya digunakan dan memperolehi manfaat.
  • Mimpi menghitung mutiara, bererti membaca al_quran
  • Mimpi menghitung permata intan, bererti mempelajari al-Quran
  • Rumah yang menggunakan tiang besi, bererti orang yang mempunyai rumah itu kuat orangnya
  • Mimpi melihat batu beraneka warna di dalam barang yang sedang diangkut bererti mendapat banyak wang, lalu disimpan untuk biaya ketika sakit
  • Mimpi wajahnya diusap dengan Hajar aswad dan menciumnya, bererti bersahabat dengan para ahli ilmu dan memperolehi ilmu dan pelbagai faedah daripada mereka
  • Mimpi mengusap Hajar Aswad, bererti dia mengikut seorang pemimpin di negeri hijaz
  • Mimpi mencabut Hajar Aswad dari tempatnya kemudian dipakai untuk kepentingan dirinya sendiri, bererti dia sendirian dalam menjalankan agama dengan bid’ah
  • Mimpi melihat Hajar Aswad ditinggalkan orang ramai, bererti dia merasa dirinya mendapat petunjuk sedangkan orang lain sesat
  • Mimpi mendapatkan mutiara daripada perut ikan, bererti dikurnia seorang anak daripada isterinya
  • Mimpi membuka perut ikan lalu menemui cincin di dalamnya, bererti mendapat kedudukan yang tinggi dan kekuasaan
  • Mimpi melihat ular diperbuat daripada besi, bererti baik. Jika diperbuat daripada emas atau perak, bererti lebih baik

[....BERSAMBUNG]

Diringkas oleh tuan rumah pada awal tahun 2007.

No comments:

Post a Comment