Pages

Sunday, November 2, 2008

TAFSIR MIMPI BERKAITAN BATU PERMATA, EMAS, PERAK SERTA PERHIASAN & BARANG-BARANG YANG DIPERBUAT DARIPADANYA

PENDAHULUAN

Tedapat 3 jenis mimpi:


  • Mimpi daripada Allah SWT, iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadap-Nya.
  • Mimpi daripada syaitan, iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri, umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar, atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah, atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang, dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Pedoman tentang mimpi, antara lain ialah hadith Rasulullah saw berikut:

  • Mimipi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi”
  • “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada 46 sifat kenabian” HR Muslim
  • “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri 3 kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan” HR Muslim
  • “Telah selesai masa-masa kenabian, namun masih ada beberapa khabar gembira (iaitu melalui mimpi yang benar)”

Sementara itu, terdapat petunjuk daripada al-Quran:

  • “Demikianlah Yusuf, Kami tetapkan di bumi Mesir, agar Kami ajarkan kepadanya ta’wil (ta’bir) mimpi” surah Yusuf 12:21
  • “Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam mimpinya iaitu kebenaran)” surah al-Fath 48:27
  • “Orang-orang yang beriman dan bertaqwa, bagi mereka adalah khabar gembira di dalam dunia dan akhirat” surah Yunus 10:64
  • “Demi sesungguhnya kamu semua akan masuk ke Masjidil Haram, insya Allah dengan selamat aman ventosa serta menggunting dan mencukur rambut kepalamu tanpa rasa takut” surah al-Fath 48:27 . Kejadian ini berlaku ketika Rasulullah saw membuat perjalanan ke Hudaibiyyah. Baginda bermimpi bahawa baginda bersaama para sabatina memasuki Masjidil Haram dengan selamat, tanpa ada rasa takut sedikitpun. Kemudian bertawaf keliling Ka’bah, mencukur rambut dan melakukan Ibadan korban. Inilah yang disebutkan sebagai datangnya khabar gembira daripada Allah SWT kepada Rsulullah saw, di mana akhirnya mimpi itu benar-benar menjadi kenyataan.

(...BERSAMBUNG)

Judul:
TAFSIR MIMPI (Menurut Tradisi Islam)
Judul Asal :
TA’BIR MIMPI (Menyingkap Isyarat Bermimpi Dari Al-Quran & Hadith)
Karya:
MUHAMMAD IBNU SIRIN
Penterjemah:
ABDUL HAMID & AZMAN AYOB
Diterbitklan oleh:
THINKER’S LIBRARY SDN. BHD.
123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungai Tua,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-6897570
Faks: 03-6878525

Cetakan:
Pertama…..2000

Diringkas oleh tuan rumah pada awal tahun 2007.

No comments:

Post a Comment