Pages

Friday, January 23, 2009

Beberapa Ringkasan Tentang Petrified Wood

'Petrified wood' atau 'kayu bertukar menjadi batu' adalah sejenis fossil. Terdapat beberapa tempat dibumi ini yang mempunyai khazanah 'petrified wood' dan telah ditemui spesimennya, antaranya ialah:
  1. Asia (Arab So'ud, China, Georgia, India, Indonesia, Burma, Turki, Malaysia)
  2. Amerika Utara (Arizona, Nevada, Oregon, Washington, Wyoming, Utah) + Kanada
  3. Amerika Selatan/Latin (Patagonia/Argentina, Brazil, Equador, Honduras, Colombia, Cuba, Paraguay)
  4. Afrika (Mesir, Libya, Madagascar, Zambia, Namibia, Afrika Selatan, Mali, Zimbabwe)
  5. Eropah (Belgium, Bulgaria, Denmark, Perancis, Belanda, Italy, Poland, Romania, Slovakia, Sepanyol, Hungary, Greece, Jerman)
  6. Australia (Queensland)
Beberapa tempat telah diwartakan sebagai tapak warisan/pemeliharaan 'petrified wood' antaranya ialah:
  1. Mesir (Ma'adi Petrified Forest Protected Area/Cairo-Suez, New Cairo)
  2. Amerika Utara (Arizona Petrified Forest National Park, Lemmon Petrified Wood Park in South Dakota, Ginkgo/Wanapum State Park in Washington State, Grotto of Redemption in Iowa (a private park), California Petrified Forest, Mississippi Petrified Forest )
  3. Namibia (Khorixias National Monument)
  4. Greece (Petrified Forest of Lesbos/Lesvos Island)
  5. Argentina (Petrified Forest National Monument in Chubut Province)
Antara jenis-jenis kayu yang telah dikenalpasti menjadi 'petrified wood' ialah:
  1. 'Rhexoxylon' Africanum
  2. Woodworthia
  3. Aracaria/araucaria ('araucarioxylon')
  4. 'Dadoxylon'
  5. 'Cedroxylon'
  6. 'Palmoxylon'
Tambahan:
  • Petrified Wood jenis 'Rhexoxylon' Africanum adalah jenis paling 'rare' dijumpai dan harganya juga antara paling mahal
  • Petrified Woods dari Zimbabwe (Gokwe) dianggap paling berkualiti di dunia yang mana 'cell structure' dan 'ring'nya dapat ditemui dalam keadaan masih terpelihara dengan amat baik.
  • Spesimen 'petrified wood' dari Zimbabwe mempunyai warna-warna yang paling menarik skhususnya warna hijau - terdapat yang seperti warna batu zamrud; termasuk juga spesimen dari Arizona. Kajian menunjukkan warna hijau tersebut adalah dari unsur Chromium.
  • USA menjadi negara paling banyak mengimport petrified wood dari serata dunia dan merupakan negara yang mempunyai taman-taman petrified wood yang paling banyak. Pengimportan juga dilakukan oleh individu-individu perseorangan - kemudian berlaku lagi urusniaga dengan pihak muzium seperti British Muzium. Jerman juga menjadi negara pengimport petrified wood yang terkenal -samada untuk koleksi peribadi, untuk dijual semula atau untuk kajian mereka.
Teori ringkas pembentukkan 'petrified wood':
  • Daripada kajian ahli sains: Keadaan yang memungkinkan terjadinya 'petrified wood' ialah bilamana batang pokok tersebut ditenggelami air + selut dalam keadan yang sangat cepat; dengan ketiadaan oksigen; kemudian silica daripada selut tadi akan mengantikan (replace) sel-sel batang pokok tersebut; proses penggantian (replacement) ini dikatakan memakan masa selama berjuta tahun (untuk fossil yang disebutkan tempatnya diatas), namun tidak semua bahagian/struktur digantikan oleh silica; kemudian terbentuklah 'petrified wood' yang mana jarang untuk dijumpai spesimen yang panjang tanpa retak/putus - ini kerana tidak semua sel digantikan (replace) oleh silica, dan keduanya, ianya retak dan putus disebabkan oleh stress; kemungkinan tempoh paling cepat bagi sesuatu bahagian kayu untuk berubah menjadi batu (petrification) adalah dalam 100 tahun; warna yang terdapat padanya bergantung kepada unsur yang mengantikan struktur sel tadi bersama silica. Unsur & warna yang terhasil: carbon (hitam), cobalt (hijau/biru), chromium (hijau/biru), copper (hijau/biru), iron oxides (merah, coklat, kuning), manganese (pink/oren), manganese oxides (hitam/kuning)
  • 'Artificial Petrified Wood' dihasilkan dalam makmal di USA: Satu bongkah kecil berbentuk kiub daripada batang pokok pine direndam dalam bekas berisi asid selama 2 hari; kemudian direndam lagi selama 2 hari dalam larutan silica; kemudian dipanaskan pada suhu 1400C dalam 'reducing environment' Argon selama 2 jam; terhasillah 'silicon carbide ceramic' yang memelihara (preserve) struktur sel yang halus/berselirat pokok pine tadi. Jika larutan silica tadi digantikan dengan larutan tungsten, maka produk dihasilkan ialah 'tungsten petrified wood'.
Sumber rujukan: Internet & sumber lisan pemilik/pencari spesimen
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment