Pages

Saturday, January 17, 2009

Keaslian & Khasiat

Pemahaman dan pegangan tentang 'keaslian' sesuatu barang (batu/besi/kayu permata)
terkumpul pada 2 kenyataan berikut:
  • Barang 'asli' ialah merujuk kepada barang yang kejadian fizikalnya adalah alami/semulajadi yang dijadikan Allah SWT, bukan barang yang baru diperbuat/dihasil/diolah dengan mana-mana proses daripada mana-mana bahan oleh manusia. Contoh: permata daripada kaca
  • Barang 'asli' ialah barang yang dapat digunakan/ditunjukkan 'khasiat/faedah'nya apabila diperlukan. Kebiasaannya barang tersebut adalah alami/semujadi yang dijadikan Allah SWT seperti Batu Petir/Pelaka, Batu Bukit dsb.

Bagi sesetengah orang syarat 'khasiat' menjadi syarat penting untuk dikatakan sesuatu barang itu 'asli' bukan sekadar kejadian fizikalnya sahaja yang alami/semulajadi. Kata seorang hamba Allah "batu ni...kalau dia tunjuk sekali jah guna/faedah/khasiat dia pun cukup dah............tetapi payah (jarang)". Tambahnya lagi "tetapi kalu dia tunjuk, takdak harga nak nilai....lebih baik simpan". Kata seorang sahabat "nak tahu khasiat batu cincin....sekurang-kurangnya pakai dalam masa 40 hari"

Khasiat pula terbahagi kepada dua:

  • Secara herba (tumbuhan)
  • Secara 'aura power' (tumbuhan, batu, besi)
  • Secara herba & aura (tumbuhan seperti Teras Gemunggar/Kelor)

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment