Pages

Sunday, February 8, 2009

M/s 406, 408, 410, 411, 413, 415, 416, 417, 418, 422, 423, 424 & 427 Ini Kesudahan Kitab Pada Menyatakan Sifat Syurga dan Ni’matnya, AL-JAUHAR

Kata Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu: “Tiada daripada seorang daripada ahli syurga melainkan berkhidmat atasnya 1000 ghulam (budak) dan tiap-tiap satu ghulam (kanak-kanak) itu atas pekerjaan yang lain daripada pekerjaan taulannya. Dan adalah mereka itu tatkala berkhidmat bagi penghulu mereka itu, dilihat akan mereka itu seperti Lu’Lu (Mutiara) yang bertaburan. Inilah hal sifat khadam.

……………………

FAEDAH
Bermula syurga itu delapan:
  • Darul Jalal, daripada Lu’Lu (Mutiara) yang putih
  • Darus Salam, daripada Yaqut yang merah
  • Jannatul Ma’wa, daripada Zabarjad yang hijau
  • Jannatul Khuld, daripada Marjan yang kuning
  • Jannatun Na’im, daripada perak yang putih
  • Jannatul firdaus, daripada emas yang merah
  • Jannatu ‘Adn, daripada Mutiara yang putih
  • Darul qarar, tempat tinggal yang kekalBold
Riwayat daripada Anas radhiyallahu’anhu, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam : Telah menjadi Allah taala akan ‘Adn dengan tanganNya satu bata daripada Mutiara yang putih dan satu bata daripada Yaqut yang merah dan satu bata daripada Zabarjad yang hijau. Pagarnya kasturi, rumputnya za’faran, anak batunya Lu’Lu (Mutiara) dan tanahnya ‘Anbar. Kemudian berfirmanNya baginya : « Berkata olehmu ! » Maka berkata ia :

::::::::::::::::::
Kemenanganlah orang yang mu’minun (Surah Al-Mu’minun : Ayat 1)

Maka firmanNya : « Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, tiada berjiran akan Daku pada engkau oleh orang bakhil ».

Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhuma : « Segala mahligai syurga itu seperti bintang di langit dan segala sungainya seperti bintang di langit dan padanya sungai nahrur rahmah, berlaku ia pada sekalian syurga »

………………………..
Dan tatkala tetaplah ahli syurga di dalam syurga, menyuruh Allah Taala kepada tiap-tiap seorang daripada mereka itu satu buah tuffah (epal) serta malaikat. Maka mengambil tiap-tiap seorang akan dia, maka melihat ia ada dalamnya jariyah dan kitab suratan daripada Tuhan Al-‘Aziz Al-Hakim : « Sungguhnya telah rindu Aku kepada kamu, maka ziarah oleh kamu akan Daku. » Maka menungganglah segala lelaki akan kuda daripada Yaqut yang merah. Bagi tiap-tiap kuda itu dua sayapnya daripada perak dan dua sayapnya daripada emas. Dan menunggang segala perempuan akan unta di dalam hudaj. Maka berjalanlah segala lelaki kepada Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam dan berjalan segala perempuan kepada Siti Fatimah Radhiyallahu’anha. Sungguhnya, telah dijadikan mereka itu oleh Allah Taala :
  • Abkaran, yakni bikr (gadis) sekaliannya
  • ‘Uruban, yakni asyik dan rindu mereka itu kepada suaminya jua
  • Atraban, yakni atas umur yang satu sekaliannya, anak 33 tahun, seperti umur Nabi Isa « alaihissalam. Dan panjangnya 60 hasta dan lebarnya 7 hasta, dengan hasta Hasyimi atas kejadian Nabi Adam ‘Alaihissalam dan atas keelokkan nabi Yusof ‘Alaihissalam dan atas perangai Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam dan suara Nabi Daud ‘Alaihissalam.
Maka berhenti segala perempuan pada dewan daripada Mutiara yang putih di sisi Siti Fatimah. Dan berhenti segala lelaki pada medan daripada kasturi, ada padanya beberapa kerusi emas. Dan antara lelaki dan aku akan segala syurga sekaliannya, maka tiada aku dapat akan sesuatu. Maka firman Allah ‘Azza wa jalla : « Pergi olehmu kepada Jannatu ‘Adn dan tilik olehmu kepada yang teratasnya, maka bahawasanya ia satu rukun daripada segala rukunnya. » Maka berjalan Jibril kepada Jannatu ‘Adn, maka berkeliling ia akan dia, tiba-tiba berjumpa ia dengan satu syurga daripada Mutiara yang merah, yang tinggi atas segala syurga sekaliannya, dan baginya pintu daripada emas yang merah, tiada kuasa disifatkan dia oleh seorang melainkan Tuhan yang menjadikan dia. Mahligainya amat tinggi dan pohon kayunya sangat tinggi dan buahnya hampir dapat dicapai akan dia dan segala burungnya berkata-kata dan segala sungainya terpancar-pancar airnya, mengucap tasbih ia akan Tuhan Jalla Jalalah.

……………………………
Dan riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma, daripada Nabi Shalallahu’alaihi wassalam »
  • Mula-mula barang yang lalu mereka itu dengan mahligai daripada perak. Panjangnya 1000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kedua, daripada emas. Panjangnya 2000 tahun dan lintangnya demiukian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang ketiga, daripada Zamrud yang hijau. Panjangnya 3000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang keempat, daripada Yaqut yang merah. Panjangnya 4000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kelima, daripada Yaqut yang kuning. Panjangnya 5000 tahun dan lintangnya seperti itu jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang keenam, panjangnya 6000 tahun dan lintangnya demikian jua. Makal alu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang ketujuh, daripada Zamrud. Panjangnya 7000 tahun dan lintangnya demikian jua, Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi merekja itu mahligai yang kelapan, daripada tanah yang putih. Panjangnya 8000 tahun dan lintangnya demikian jua. Makal alu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kesembilan, daripada jauhar. Panjangnya 9000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka itu atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
  • Kemudian nyata bagi mereka itu mahligai yang kesepuluh, daripada jauhar permata. Panjangnya perjalanan 10,000 tahun dan lintangnya demikian jua. Maka lalu mereka atasnya terlebih segera daripada sekejap (sekelip) mata.
Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu’anhuma, daripada Nabi Shalallhu’alaihi wassalam : Maka pada ketika itu nyatalah bagi mereka itu nur Hazhirah Al-Qudsi atas perjalanan 10,000 tahun. Dan nyatalah bagi mereka itu segala mahligainya dan pohon kayunya yang tinggi keduanya. Maka apabila sampai mereka itu kepada Hazhirah Al-Qudsi, maka tiba-tiba ia bumi yang hijau, panjangnya dan lintangnnya 1000 tahun. Dan ada padanya daripada beberapa mahligai barang yang tiada dikBoldetahui akan bilangan-bilangannya melainkan Allah Taala. Maka apabila masuk mereka itu akan demikian bumi Hazhirah Al-Qudsi itu dan me lihat mereka itu akan barang yang disediakan oleh Allah Taala bagi mereka itu daripada segala ni’mat yang berkekalan dan keramat kemulian pada demikian bumi itu, maka suka mereka itu dan manis muka mereka itu pada hadrat Tuhan Rabbul ‘alamin.

Dan sabda Nabi Shalallahu’laihi wassalam : Maka apabila sampai mereka itu kepada Hazhirah Al-Qudsi, mendapat tiap-tiap seorang daripada mereka itu akan namanya tersurat atas mahligainya. Kemudian turun mereka itu daripada kudanya dan unta dan menilik mereka itu kepada barang yang disediakan bagi mereka itu daripada ni’mat yang berkekalan. Kemudian keluar mereka itu daripada bumi itu kepada bumi yang lain terlebih luas daripada demikian bumi itu dan duduk mereka itu atas beberapa kursi dan beberapa mimbar. Dan segala pohon kayu di atas mereka itu batang pohon kayu itu emas dan segala daunnya pakaian tiap-tiap pohon kayu itu seumpama panji-panji. Antara tiap-tiap dua saf daripada pohon kayu itu 70,000 mahligai pada tiap-tiap satu mahligai itu 70,000 sarir (katil) daripada emas. Panjang tiap-tiap sarir (katil) itu 300 hasta. Maka apabila berkehendak hamba yang mu’min bahawa naik ke atas sarir (katil) daripadanya, rendah ia hingga tinggal umpama satu hasta. Maka apabila duduk atasnya, kembali ia kepada asalnya tempat yang dahulu. Dan apabila berkehendak berjalan dengan dia, berjalan ia. Dan apabila ia ingin hendak terbang dengan dia, terbang ia antara segala pohon kayu. Dan apabila hendak makan daripada buah-buahan, mengambil daripadanya barang sekehandaknya.

Dan sungguhnya datang pada khabar bahawasanya atas tiap-tiap sarir (katil) itu 70 hamparan dan beberapa bantal daripada sutera sundus dan istabraq, keliling tiap-tiap sarir (katil) 70 khadam pada tangan tiap-tiap khadam itu satu qadah mangkuk daripada emas. Pada tiap-tiap qadah itu 70 warna daripada minuman. Dan bagi tiap-tiap seorang wali itu 70 anak bidadari, dan atas tiap-tiap seorang anak bidadari itu 70 pakaian. Megambil kesukaanlah wali Allah dengan tiap-tiap yang dikehendak daripada mereka itu.

Dan sungguhnya datang warid, bahawasanya ahli syurga datang akan mereka itu oleh malaikat memukul ia akan segala penat mereka itu, maka berkata anak bidadari : « siapa ini ? » Maka berkata ia : « Aku malaikat pesuruhan daripada Allah. Datanga aku bagi penghulu kamu dengan hadiah sembahyang Subuh yang ia sembahyang akan dia pada dunia. » Maka membuka mereka itu baginya akan pintu, maka masuk malaikat, berkata ia : « Assalamu’alaikum, Tuhan kamu memberi salam akan akmu dan berfirman Ia bagi kamu : « Sungguhnya adalah kamu pada dunia, kamu angkatkan sembahyang Subuh, maka Aku terimakan dia dan tiada Aku tolak. Maka bagi kamu balasannya inilah hadiah sembahyang Subuh. » Maka menghantarkan malaikat akan ma’idah hidangan daripada emas, atas ma’idah itu 70 pinggan :
  • Sepuluh daripada perak
  • Sepuluh daripada emas
  • Sepuluh daripada Yaqut
  • Sepuluh daripada Zabarjad
  • Sepuluh daripada Marjan
  • Sepuluh daripada Mutiara
  • Sepuluh daripada ‘aqiq
……………………………………

Kata setengah ulama’, bahawasanya minuman di dalam syurga itu lapan minuman :
  • Air betul
  • Laban (susu)
  • Arak
  • Madu
  • Salsabil
  • Zanjabil
  • Tasnim
  • Rahiq Makhtum
Maka apabila selesai mereka itu daripada meminum akan minuman, firman Allah Taala : « Marhaban dengan segala hambaKu dan menziarahi akan Daku. Hai malaikatKu, beri makan olehmu buah-buahan akan hambaKu. » Maka mendatang akan mereka itu dengan beberapa thabaq (pinggan mangkuk) daripada emas yang merah yang ditatahkan dengan Mutiara, jauhar, Yaqut dan Zabarjad, padahal penuh segala buah-buahan di dalamnya daripada hak Allah Taala, ditudung dengan sapu tangan sutera. Maka memakan mereka itu barang yang ingin daripadanya.

…………………………………
Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, berfirman Allah Taala « Marhaban dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri pakai olehmu gelang kaki akan hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa gelang kaki daripada emas dan perak, maka diberi pakai akan mereka itu gelang kaki hingga sampai setengah betis.

Kata Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhuma : Apabila gugur satu gelang didengar akan dengungnya daripada perjalanan 500 tahun dan jikalau dengar oleh ahli dunia akan dengungnya itu, nescaya mati mereka itu sekaliannya kerana sangat rindu kepada syurga. Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu firman Allah ‘Azza wa Jalla : « Marhaban dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikat, kau beri pakai olehmu cincin akan hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa cincin daripada emas, perak, Lu’Lu’, Yaqut, Zabarjad, ‘aqiq, balwar, Mutiara, jauhar yang putih, permatanya daripada jauhar yang merah dan Zamrud yang hijau. Maka memakai tiap-tiap seorang 10 cincin, yakni pada tiap-tiap satu jari satu cincin, tersurat atas tiap-tiap satu cincin satu ayat daripada Kitabullah Taala yang menunjuk atas kekal mereka itu di dalam syurga.

Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, berfirman Allah Taala : « Marhaban, dengan hambaKu dan yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri pakai olehmu akan mahkota kepada hambaKu. » Maka mendatang ia akan mereka itu dengan beberapa mahkota daripada emas yang merah yang ditatah akan dia dengan beberapa Mutiara dan jauhar, maka memakai mereka itu dengan dia bagi tiap-tiap satu mahkota daripadanya empat penjuru, atas tiap-tiap satu penjuru itu Yaqut yang merah, jikalau digantung satu Yaqut daripadanya pada langit dunia, nescaya mengalah cahayanya akan cahaya matahari dan bulan.

Maka apabila selesai mereka itu daripada demikian itu, firman Allah Azza wa Jalla : « Marhaban dengan ahmbaKu, yang menziarah akan Daku. Hai malaikatKu, beri olehmu akan bau-bauan akan hambaKu. » Maka berjalan ia kepada syurga dan megambil ia akan beberapa burung syurga dan diselamkan dia ke dalam kasturi dan ‘anbar yang baik baunya, kemudian mengebas burung itu akan sayapnya di atas kepalanya mereka itu, amat mengharum akan mereka itu sekaliannya.

……………………………….
Kemudian firman Allah Taala bagi malaikat yang diwakilkan dengan Haziratul Al-Qudsi : « Hai Karub, hamparkan olehmu akan mimbar bagi hambaKu. » Maka menghampar ia akan mimbar daripada Yaqut yang merah, tingginya 1000 tahun dan anak tangganya sebilang-bilang anbiya’ dan mursalin, maka naiklah tiap-tiap Nabi atas tangganya dan naik nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wassalam pada setinggi-tinggi darjatnya iaitu darjat Al-Wasilah dan tempat duduk segala anbiya’ dan asfiya’ dan shadiqun dan auliya’ dan syuhada’ dan shalihun dan sekalian umat daripada ahli syurga atas timbunan kasturi dan ‘anbar.

………………………………
Kemudian berfirman Allah Taala : « Hai hambaKu, datangkan olehmu bagi hambaKu akan kenderaan. » Maka mendatang ia bagi mereka itu kuda daripada Yaqut yang merah dan pelananya daripada Yaqut yang hijau bertatah dengan Lu’Lu’, dan di atas tiap-tiap kuda itu budak khadamnya, dijadi akan mereka itu Allah Taala pada saat itu jua bagi auliya’Nya. Dan didatangkan bagi perempuan unta daripada emas, pelananya daripada Yaqut yang hijau kemudian menurun Allah Taala antaranya dan antara mereka itu akan hijab.

………………………………….
Kemudian berjalan ahli syurga kepada tempat kediaman mereka itu dan masuk mereka itu akan mahligai mereka itu, maka berkata isterinya bagi suaminya : « Apa yang sangat elok engkau pada hari ini dan apakah yang terlebih banyak cahaya muka engkau ? » Maka berkata suaminya baginya : « Menilik aku akan wajah Tuhanku, maka jatuh cahaya turun atas mukaku. » Dan berkata suaminya baginya : « Dan engkau demi Allah sungguhnya telah besar, elok engkau dan telah menerang muka engkau. » Maka berkata berkata ia bagi suaminya : « Betapa tiada menerang mukaku dan sanya telah jatuh atasnya Nur Tuhanku. » Kemudian bertiup mereka itu angin dari bawah ‘Arasy, maka bercerai-cerai rambut mereka itu dan berhamburan kasturi dan ‘anbar harumnya atas mereka itu dan bagi mereka itu seumpama yang demikian itu pada tiap-tiap malam Jumaat, maka tiada suatu yang terlebih kasih kepada mereka itu daripada umpama hari Jumaat dan iaitu Yaumul Mazid.

Dan bahawasanya, seorang daripada ahli syurga apabila melihat ia akan satu berupa yang elok dan memperkenankan dia, jadilah ia seumpama rupa itu dan hilanglah daripadanya rupanya yang dahulu dengan qudrat Allah Taala.

Dan sungguhnya datang warid, bahawasanya seorang lelaki daripada ahli syurga, masuk atasnya oleh malaikat dan sertanya beberapa warna daripada pakaian yang disongket dengan emas tersirat atasnya beberapa nama daripada nama Allah Taala. Dan firman Allah Taala baginya : « Hai wali Allah, tilik olehmu kepada ini segala pakaian, maka jika engkau berkenan akan dia, maka iaitu bagi engkau dan jika engkau tiada berkenannya, berbalik ia jadi rupa yang engkau kehendak. » Dan sebab dinamakan wali itu wali, kerana bahawasanya mengasih ia akan Allah dengan ta’atnya, dan mengasih Allah akan dia dengan maghfirahNya.

…………………………………
Dan datang warid, bahawasanya orang mu’min apabila terlintas hati hendak melihat akan taulannya, maka berjalanlah dengan dia oleh sarirnya terlebih bersegera daripada kuda yang pantas, maka berjumpa serta taulannya pada medan syurga, maka berkhabar-khabar keduanya dan bersuka-suka keduanya di dalam kebun syurga, kemudian kembali tiap-tiap seorang kepada mahligainya dan tiap-tiap mahligai itu beberapa bilah tangga, bagi tiap-tiap satu bilah itu 70 pintu bagi tiap-tiap satu pintu, dua keping papan daripada emas, di atas tiap-tiap papan itu pohon kayu batangnya daripada Marjan, bagi tiap-tiap pohon kayu itu 70 dahan dan pada tiap-tiap satu dahan, 70 ribu Lu’Lu’, maka apabila memotong mereka itu akan satu Lu’Lu’, tambah tempatnya dua Lu’Lu’.

Dan pohon kayu yang lain pula menanggung ia akan Zamrud dan pohon kayu yang lain pula menanggung akan Yaqut. Dan atas segala pohon kayu itu beberapa burung yang hijau, tiap-tiap satu burung itu kadar unta besarnya, mengucap tasbih ia akan Allah Taala atas demikain segala dahan kayu itu. Maka apabila memakan seorang lelaki daripada buah kayu syurga dan meminum ia daripada sungainya, turunlah kepadanya oleh demikian burung itu dan berkata ia baginya : « Hai wali Allah, telah memakan kamu daripada buah-buahan syurga dan telah meminum kamu daripada sungai syurga, maka makan olehmu daripada aku. » Kemudian terbang satu burung daripada beberapa burung hingga jatuh ia antara dua tanagnnya dengan qudrat Allah Taala, maka jatuh ia pada antara dua tangannya padahal setengahnya terbakar dan setengahnya tergoreng dan setengahnya sudah direbus dan setengahnya terbakar masam manis, maka memakan ia dan segala perempuannya dan segala anak bidadari hingga tiada tinggal suatu melainkan tulangnnya jua. Maka kembali ia seperti barang yang ada dahulunya dan mengucap tasbih ia akan Allah Taala di atas pohon kayu dengan qudrat Tuhan yang berkata bagi suatu : « Kun fayakun » (Jadilah engkau, lalu jadilah ia).

Dan adalah segala mahligai syurga dan biliknya satu potong jua, yakni tiada ada perhubungannya iaitu perbuatan Tuhan Malik Al-‘Alam, maka masuklah wali Allah akan demikian mahligai itu bersuka-suka padanya kadar masa 70 tahun dan mendapat ia padanya akan beberapa kebun dan di dalam beberapa kebun itu beberapa kuda, bagi tiap-tiap satu kuda daripadanya warna yang menerang baginya dua sayap daripada emas dan baginya dua tangan dan dua kaki, maka berkata kuda bagi seorang lelaki daripada ahli syurga : « Tunggang olehmu akan daku, hai wali Allah. » Maka menunggang oleh orang mu’min daripada demikian itu, maka bermegah-megah kuda itu atas taulannya dan menunggang sertanya segala perempuannya dan khadamnya, maka berjalanlah ia dengan segala mereka itu perjalanan 70 tahun itu pada satu sa’at jua. Maka antara berjalan ia pada antara ia mahligainya tiba-tiba menerang atasnya cahaya anak bidadari daripada mahligainya, maka mengangkat ia akan matanya kepadanya, maka mencenggang ia akan dia, maka jatuh pada hatinya kasih yang amat besar, maka mencerca ia akan dirinya dan berkata ia : « Aku tiada rindu kepada engkau. » Maka berkata Hurul ‘Iin itu : « Hai wali Allah, kami setengah daripada mereka yang berfirman Allah taala :

:::::::::::::::::::::::::::
Yakni…..dan di sisi kami bertambah (Surah Qaf : Ayat 35)

Dan sentiasa berjalan lelaki itu kepada tengah syurga, maka mendapat ia akan mahligai daripada nur dan di dalamnya pohon kayu daripada jauhur, bahawasanya kuda dan daunnya pakaian dan padanya buahnya, tiap-tiap satu buah itu seumpama Syiqqatur Rawayah, yakni sebelah tengkuk unta terlebih manis daripada madu. Maka apabila memakan ia akan buahnya dan tinggal bijinya, keluar daripada pertengahan tiap-tiap biji itu seorang jariah dan seorang budak lelaki. Kemudian menilik ia antara segala mahligai itu, maka melihat ia akan beberapa sungai daripada air yang tiada berubah rasanya dan baunya dan beberapa sungai daripada laban (susu) yang tiada berubah rasanya dan beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminum dan beberapa sungai daripada ‘asal yang suci daripada lilin dan di atas segala sungai itu beberapa kubah Yaqut dan beberapa kubah daripada Zamrud dan beberapa kubah daripada Marjan, di dalamnya beberapa khadam dan bidadari dan anak-anakan, maka berkata mereka itu : « hai wali Allah, telah lamalah rindu kami kepada engkau. » Maka diam ia di dalam kesukaan ni’mat dan lazat serta tiap-tiap isteri daripada segala isterinya. Maka mengambil kesukaan ia dengan keelokkan isterinya dan mengambil kesukaan isteri dengan keelokkan suaminya. Tersurat nama isterinya atas dada suaminya dan nama suami atas dada isterinya, dan melihat suami akan mukanya di dalam nur muka isterinya dan melihat isteri akan mukannya di dalam nur muka suaminya, kerana muka tiap-tiap seorang menerang seperti cermin, maka antara ada mereka itu di dalam hal seperti demikian itu, tiba-tiba masuk malaikat atas mereka itu dengan beberapa hadiah daripada Allah Taala dan berkata ia :

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kesejahteraan atas kamu kerana kesabaranmu. Sebaik-baik akibat itu ialah kampung akhirat. (Surah Ar-Ra’d : Ayat 24)

……………………………………..
Dan riwayat daripada Rasulullah Shalallhu’laihi wassalam bahawasanya ditanya akan dia daripada apa suatu dijadikan Hurul ‘Iin. Sabdanya : « Daripada tiga perkara : Sebelah bawahnya daripada kasturi dan tengahnya daripada ‘Anbar dan atasnya daripada kapur dan rambutnya dan keningnya hitam yang digoreskan pada nur. »

Kata Abdullah Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu’anhuma : Dijadikan Allah akan Hurul ‘Iin daripada anak jari kakinya hingga lututnya daripada za’faran dan daripada lututnya hingga susunya daripada kasturi yang sangat harum dan daripada susunya hingga kepada tengkuknya daripada ‘Anbar dan daripada tengkuknya hingga kepalanya daripada kapur yang putih. Atasnya 70 ribu pakaiannya, apabila ia berhadap bercahaya-cahaya mukanya nur yang cemerlang seperti bercahaya matahari bagi ahli ad-Dunya dan dilihat akan hatinya daripada sangat nipis kainnya dan kulitnya di luarnya dan pada kepalanya 1000 jalinan rambutnya daripada kasturi yang harum, bagi tiap-tiap jalianan rambutnya seorang dayang yang mengangkat akan dia dan akan tepi kainnya padahal menyeru ia : « inilah pahala segala auliya’ Allah, balasan ‘amal yang dikerja akan dia oleh mereka itu pada dunia. »

Maka perbuat olehmu hai segala saudaraku akan ‘amal yang soleh dan jangan jemu daripadanya, maka orang yang jemu kemudian daripada mendengar akan khabar ini yang menunjukkan atas amat besar darjatnya dan banyak laba pada perniagaannya, maka binatang itu terlebih baik kelakuan daripadanya.

Dan sanya ditanya akan Hammad bin Sulaiman daripada apa suatu di jadikan Hurul ‘Iin ? Katanya : « Daripada nur. » Dan kata yang lainnya : « Daripada za’faran. » Putih mereka itu seperti putih Lu’Lu’ dan jernih warna mereka itu seperti jernih Yaqut, maka kerana demikian itu firman Allah Taala :

::::::::::::::::::::::::
Ertinya : Seolah-olah bidadari itu seperti Yaqut dan Marjan (Surah Ar-Rahman : Ayat 58)

No comments:

Post a Comment