Daripada kajian ahli sains Barat:
Benda fizikal yang tertua yang berada atas mukabumi ialah meteorites. Meteorites terbentuk semasa ‘kelahiran' Sistem Solar sekitar 4.55 billion tahun dahulu, dan kemudian jatuh menghujani bumi. Kebanyakkan meteorites terbakar ketika melalui atmosfera, sedikit daripadanya sempat jatuh ke permukaan bumi.
Terdapat 3 jenis Meteorites:
- Stony meteorites: 90% meteorites adalah batuan, terdiri terutamanya daripada mineral silicate
- Iron Meteorites: Terdiri terutamanya daripada nickel-iron
- Stony-iron meteorites: Campuran kedua-dua meteorites tadi (stony + nickel-iron)
Kawah impak Meteorites tertua:
- Mengimpak pada 2.02 billion tahun dahulu di Vredefort, Afrika Selatan dengan diameter kawah sepanjang 155-186 batu (250-300 km)
- Mengimpak pada 1.85 billion tahun dahulu di Sudbury Structure, Canada dengan diameter kawah sepanjang 124 batu (200km)
- Mengimpak pada 65 billion tahun dahulu di Chicxulub, Gulf of Mexico dengan diameter kawah sepanjang 112 batu (180 km)
Meteorites dapat dilihat apabila berjarak sekitar 60 batu (97 km) dari permukaan bumi. Meteorites memasuki ke ruang atmosfera bumi dengan kelajuan 30-60 kali kelajuan bunyi, dan berpijar apabila melaluinya. Meteorites dengan purata berat beberapa gram dikenali sebagai “shooting star” dan yang lebih terang cahayanya dikenali sebagai “fireballs” dengan berat sekitar 1.4 kg.
Spesimen meteorite terbesar di dunia dikenali sebagai “Hoba Meteorites” dan masih lagi terletak ditempat asal impak di Grootfontein, Namibia. Ianya dianggarkan seberat 134,480 pounds (61 tan metrik) dengan anggaran usia setua 190-410 juta tahun. Meteorite terbesar yang dipamerkan di muzium dikenali sebagai “Ahnighito Meteorite” dijumapai mengimpak di Greenland, sekarang berada di American Museum of Natural History di New York. Ianya adalah sebahagian daripada “Cape York Meteorite” yang dianggarkan seberat 447,538 pounds (203 tan metric) keseluruhannya, yang serpih-patah semasa memasuki ruang atmosfera bumi.
TAMBAHAN:
- Asal ‘Sistem Solar’ kita dapat dikesan sejauh 11-20 billion tahun dahulu; mula-mula muncul adalah matahari
- ‘Bumi’ pula terbentuk sekitar 4.6 billion tahun dahulu
Wallahu’alam.
[KAITANNYA BERSAMBUNG DALAM ARTIKEL YANG LAIN]
No comments:
Post a Comment