- Dalam bulatan hijau adalah durinya. Jika sudah terlalu panjang/lama, durinya akan bekerekok/bergulung.
- Dalam bulatan merah adalah terasnya. Saiznya sekitar saiz ibujari kaki, dan hanya ada dalam 3-4 jengkal sahaja "pada bahagian yang dia nak berteras". Sebahagian terasnya bertulang timbul, dan sebagian lagi tersembunyi dalam gubalnya.
- Kayu/dahannya sedikit "liut" kalau yang bersaiz sebesar lengan-betis; zaman sekolah dulu-dulu.. atas jula/dahan pokok lako-lah menjadi tempat the geng mengail ikan kaloi pada hujung minggu/cuti.
- Rupa-rupanya pokok tempat berpijak selama ini tersimpan satu khazanah alam yang sangat berguna setelah diberitahu oleh seorang orang lama dekat kampung penulis. Begitulah, sesuatu benda kita tidak akan tahu selagi tidak diberitahu.
- Namun tuan blog tidak mendapat secara langsung terasnya walaupun diberitahu lebih awal. Rezeki nak sampai ke tangan siapa melalui tangan siapa adalah atas ketentuan-Nya. Setiap sesuatu ada sebab..bermula dari orang yang memberitahu sehingga mendapatnya semuanya itu ada kaitan.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment