Pages

Sunday, August 30, 2009

Zamrud: Faktor Kesusutan Bekalan

Bekalan Zamrud yang sampai ke Tanah Melayu dari tangan Jawharjiyyun beberapa tahun kebelakangan ini mengalami kekurangan yang ketara diringkaskan sebagai berikut:
  • Tiupan angin dan arus aliran telah berubah perlahan-lahan daripada berkumpul di tempat-tempat di Asia kepada Israel bermula sekitar 15 tahun dahulu lagi. Kerana di sana telah ada angkatan pencanai batu yang berkaliber yang boleh menggantikan tempat-tempat di Asia. Disamping mereka mempunyai kekuatan ekonomi dan kuasa membeli pukal. Hasil tangan mereka dilabel dengan label mereka.
  • Pada tahun 2003 (iaitu selepas 100 tahun Anglo-Bangkok Treaty 1902-1909) tercetusnya sekali lagi ketidakstabilan dalam skala agak besar di Patani Darussalam. Bermakna jalan darat sumber permata ke Tanah Melayu juga sedikit tertutup kerana mengundang ketakutan Jawharjiyyun.
  • Masalah 'dalaman' dunia permata tempatan juga mengimbau ketakutan Jawharjiyyun ke negara kita apabila dalam pengalaman mereka yang terdahulu budaya 'report' dan 'menyamar' telah merugikan mereka.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment