Pages

Sunday, August 29, 2010

“Jardin”



  • Ianya perkataan Perancis yang bermaksud “garden”.


  • Ianya adalah inclusion dalam batu zamrud (emerald's inclusion = jardin).


  • Ianya terpakai untuk semua batuan Zamrud, bukan hanya zamrud Colombia sahaja.


  • Bagi batu Zamrud: Selain istilah “inclusion” digunakan, kadang-kadang dikenali sebagai “jardin”. Batuan jenis lain tidak mempunyai istilah khusus untuk menggantikan istilah inclusion pada mereka.


  • Jardin boleh digunakan oleh pakar (para gemmologist) untuk mengidentifikasi asal geografik sesebiji biji batu zamrud.


  • Umumnya, inclusion (jardin) antara Zamrud Brazil, Colombia, India, Pakistan, South Africa (Transvaal), Russia (Siberia), Zambia dan Zimbabwe (Sandawana) adalah berbeza.


  • Selain itu bagi Zamrud Colombia: Inclusion (jardin) antara Zamrud dari lombong Chivor dan Muzo juga ada perbezaan.


  • Untuk identifikasi inclusion (jardin) yang dimaksudkan diatas, loupe x10 tidak berapa memadai dan tidak berapa selesa digunakan –miskroskop dengan kemampuan pembesaran lebih tinggi lebih efektif.


  • Jardin (inclusion) ini juga adalah bukti keaslian batu Zamrud, dan merupakan pembeza antara Zamrud Sintetik atau yang Imitasi.


JARDIN & KEINDAHAN DALAMAN ZAMRUD



  • Perkaitan ini digunakan oleh generasi terdahulu.


  • Zamrud tidak dapat lari daripada jardin (inclusion). Jadi, antara jardin (taman/kebun) yang ada, yang mana lebih cantik lagi tersusun jardin (taman/kebun) dikalangan mereka?.


  • Yang dikehendaki ialah jardin yang yang tidak menggangu keindahan batu atau yang nampak terurus. Sebaliknya jardin yang terlalu tebal atau yang menganggu warna (bintik2 hitam dll) tidak dikehendaki kerana menganggu keindahan dan nampak kasar.


  • Tidak ada formula khas untuk mengatakan yang mana cantik atau sebaliknya….yang mana cantik pada mata kita, itulah batu kita. ‘Cantik’ bergantung kepada pandangan mata dan atas keserasian jiwa masing-masing.


  • Pada hari ini, Zamrud yang paling BERKUALITI ialah Zamrud yang paling bersih dalaman dan luarannya daripada inclusion (jardin) dan dengan kepekatan warna hijau tulen yang tertinggi.


  • Zamrud yang terbaik ("finest"; "top-quality") kedua-duanya serentak darisegi color dan clarity (transparency) amatlah jarang, dan jika ada maka ianya sangatlah bernilai. Ianya lebih bernilai sekalipun dengan berlian.


  • Zamrud yang 'air kaca' (glass body atau look glassy) tetapi warnanya muda, kurang bernilai daripada Zamrud yang dengan warna yang lebih pekat tetapi kurang sedikit clarity 'air kaca'nya.


  • Dalam menilai Zamrud, keutamaan color mengatasi clarity. Ini disebabkan Zamrud sejenis batu yang tidak dapat dielakkan daripada inclusion (jardin -crack, fissure dll).


  • Semakin banyak inclusion (jardin) maka semakin kurang atau semakin tersekat pancaran atau pantulan cahaya didalam batu (brilliance), walaupun mempunyai luster yang sama. Zamrud tidak mempunyai ‘fire’ (definisi secara teknikal).

TAMBAHAN: Adakah asal geografik sesebiji batu Zamrud, sebagai contoh antara Colombia dan Zambia dapat dibezakan melalui 'warna'...?




  • Tidak boleh. Ini kerana, seluruh warna Zamrud yang ada di Zambia ada di Colombia. Hanya melalui jardin (inclusion) dapat dibuat pengecaman yang paling tepat. [jawapan ringkas seorang pensyarah gemmology kepada soalan tuan_blog di atas; takhasus beliau adalah batu Zamrud]

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment