Pages

Wednesday, August 25, 2010

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG KUMPULAN BATU GARNET

PENGENALAN
  • Garnet ialah nama yang diberi kepada satu kumpulan mineral dengan crystal habit yang sama dan mempunyai beberapa persamaan darisegi komposisi kimia (mengikut definisi Webster)
  • Terdapat 5 spesis garnet yang penting, iaitu (1) Pyrope (2) Almandine (3) Spessartine (4) Grossular (5) Andradite
PYROPE GARNET
  • Skala kekerasan Mohs: 7.25
  • Warna: Merah
  • Dikenali sebagai Bohemian garnet pada era Victorian di eropah.
  • Merupakan penanda kewujudan berlian. Dimana ada pyrope garnet, disitu ada berlian.
  • Pernah dikenali sebagai 'Cape Ruby', tetapi ianya penamaan yang salah.
  • Saiz: Biasa dijumpai bersaiz kurang daripada 1ct.
  • Sumber: Bohemia, South Afrika, Arizona USA, Australia, Tanzania, Russia, China
ALMANDINE GARNET
  • Merupakan jenis garnet yang paling banyak dalam perut bumi berbanding spesis yang lain.
  • Warna: Merak gelap/tua, Merah coklat, Merah ungu.
  • Bertindakbalas dengan magnet (mempunyai unsur iron).
  • Dijumpai dalam saiz yang besar tetapi dengan warna merah terlalu gelap (malap).
  • Mempunyai Asterism (Bintang/star)
  • Sumber: Secara umumnya dijumpai diseluruh dunia - India, Brazil, Zambia, Broken Hill NSW
SPESSARTITE GARNET
  • Kekerasan skala Mohs: 7.25
  • Pertama kali dijumpai di daerah Spessart, Jerman.
  • Warna: Kuning keorenan, oren, merah cerah, oren cerah
  • Nama dalam pasaran: 'Mandarin garnet'
  • Kejarangan: 'Fairly rare'; biasa terdapat dalam saiz 5cts kebawah
  • Sumber: USA, Tanzania, Namibia, Nigeria, Madgascar, Sri Lanka, Burma, India
GROSSULAR GARNET
  • Kekerasan skala Mohs: 7.25
  • Terdapat 2 jenis grossular garnet yang penting iaitu (1) Hessonite dan (2) Tsavorite
Hessonite Garnet:
  • Dikenali juga sebagai 'Cinnamon stones'
  • warna: Oren
  • Sumber: Sri Lanka, Brazil, Harts Ranger NT Australia
Tsavorite Garnet:
  • Warna: Hijau pekat (unsur dominan penyebab warna hijaunya ialah daripada unsur Vanadium)
  • Pertamakali dijumpai pada 1967.
  • Kejarangan: 'Rare'; Mempunyai nilaian yang tinggi dalam pasaran seluruh dunia; spesis garnet termahal dalam kumpulannya selepas Demantoid garnet.
  • Namanya diambil sempena 'Tsavo National Park', Kenya.
  • Sumber: Kenya, Tanzania
ANDRADITE GARNET
  • DEMANTOID GARNET, kekerasan skala Mohs 6.5
  • Membawa makna 'seperti berlian/diamond' disebabkan garnet jenis ini mempunyai 'high lustre'
  • Mempunyai 'Fire' sama seperti berlian (definisi 'fire' secara teknikal).
  • Warna: Hijau
  • Mempunyai internal inclusion yang unik dan cantik dikenali 'horse tail' (tidak dapat dilihat dengan mata kasar).
  • Kejarangan: 'Very Rare' dan mempunyai nilaian sangat tinggi dalam pasaran serata dunia (jenis garnet termahal); biasa didapati dengan saiz kurang 1ct.
  • Dijumpai dalam tahun 1868 di Banjaran Ural, Rusia.
Rhodolite Garnet: Ialah kombinasi 'Pyrope-Almandine' Garnet, dan mempunyai warna 'pinkish red' yang sangat menarik. Sumber: Afrika Timur, India, Madagascar.
PENJAGAAN & ASPEK KETAHANANNYA
  • Umumnya, Garnet mempunyai kekerasan dan ketahanan yang bagus ('fairly'), kecuali jenis Demantoid.
  • Selamat dicuci dengan ultrasonic cleaner, kecuali jenis Demantoid.
  • Tidak boleh terkena sumber haba secara langsung (dibakar/dipanaskan) atau mengalami perubahan suhu secara mengejut.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment