


Nota: Umumnya, Delima Cindai mempunyai 2 kawasan yang berbeza atas satu batu iaitu "putih" dan "merah". Kawasan daging/air "putih" tersebut ada yang betul-betul putih dan ada yang sedikit awa merah. Kawasan daging/air "merah" juga yang tua, sederhana dan ada yang muda. Yang dikehendaki ialah yang kawasan daging/airt putihnya adalah "betul-betul putih" dan kawasan merahnya adalah "betul-betul merah tua". Jika ada gewan dan star ianya nilai tambah lain.
*
Beberapa perbandingan dan penilaian umum lain bagi batu Delima dan Nilam:
- Batu tiada gewan nilainya dibawah ada batu gewe/gewan [umumnya, batu ada gewe lebih mahal daripada batu tiada gewe]
- Batu ada gewe/gewan nilainya dibawah batu ada star/bintang [umumnya, batu ada star lebih mahal daripada batu tiada star. Batu ada star mesti ada gewe, kerana kejadian star adalah daripada gewe (susunan jejarum rutile)]
Disana, ada perbandingan parameter lain seperti:
- Kehalusan daging~air [*asal istilah "air" ialah sempena mengambil kesempurnaan sifat air]
- 'Kepejalan batu'
- Keindahan warna
- 'Ketuaan batu'
- Saiz batu
- potongan batu
- Kesempurnaan gewe
- Kesempurnaan star dll
Umumnya, delima merah boleh dikira "actual rare" nisbah kepada batu permata lain. Jika sempurna semuanya darisegi parameter diatas, maka ia dikira "market rare" contohnya seperti Hot Pinkish Red Sapphire ZT79.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment