SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Monday, February 14, 2011

Re: Pertanyaan Tentang Batu (dari email 13/2/2011)

Salam Tuan,
[Salam kembali Tuan..]

Sila lihat gambar yang dilampirkan. Gambar diambil pada 27/05/2010.
[Ya, sudah dilihat..]

Berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada tuan, bolehkah tuan mengenalpasti jenis batu ini?
[Berdasarkan gambar tersebut, ciri-ciri batu ialah seperti ciri2 corundum/ yaqut/ delima cindai jenis "daging" yang semulajadi (natural)..]

Saya membelinya pada tahun lepas, penjual yang menjual batu ini memberitahu bahawa warna merah yang membaluti batu ini dulu hanya la pada separuh batu sahaja, tetapi ianya telah merebak melebihi setengah batu tersebut.
[Tentang hal sebegini, tidak dapat dipastikan melainkan kita sendiri memegang batu tersebut dan kita sendiri melihat perubahannya (atau saksi). Allahu a'lam.]

Jika diamati pada batu tersebut, warna merah yang membaluti batu tersebut seperti urat2 di bahagian luar sahaja tetapi bahagian dalam batu tersebut masih lagi berwarna putih. Saya ada menanyakan pandangan dari kedai emas, dan jawapannya kemungkinan batu ini hidup. Kini setelah lebih 6 bulan saya memakainya, ditengah batu tersebut kelihatan sedikit ada warna kekuningan.
[Ada 2 persoalan disini. Tetapi sebelum itu, harap berlapang dada jika jawapan saya tidak atau kurang menyenangkan. Jawapan/analisis ini berdasarkan ilmu/pengajian saya.]

[Berdasarkan gambar yang di zoom dan kenyataan tuan "Jika diamati pada batu tersebut, warna merah yang membaluti batu tersebut seperti urat2 di bahagian luar sahaja tetapi bahagian dalam batu tersebut masih lagi berwarna putih", saya menyimpulkan batu ini telah dikenakan treatment iaitu rawatan "dyed", iaitu warna merahnya adalah daripada "red dyed" yang dikenakan keatas batu tersebut, bukan warna merah asli. Teknik rawatan dyed juga mungkin teknik yang tradisional. Apapun untuk pengesahan yang lebih muktamad, sila bawa ke lab yang bereputasi, dicheck oleh gemmologist bertauliah/kompeten yang benar2 terlatih/mahir. Biasa untuk kes2 yang obvious tanda2nya, tidak ada khilaf antara gemmologist mahir. Jika ianya di-dyed, maka ia dalam aktegori "natural treated" atau "natural enhanced" (batu semulajadi tetapi telah dikenakan rawatan).]

[Bermakna, jika ianya disahkan di-dyed, kenyataan batu ini telah berubah menjadi lebih banyak kawasan merahnya boleh dipertikai atau ditolak terus sama sekali.]

[Tentang warna kawasan kuning, andaian saya, mungkin kawasan ini yang "hidup". Ataupun kemungkinan lain, apabila warna dyed tadi semakin luntur hari demi hari, maka pada kawasan tersebut akan timbul warna asalnya, makanya warna kuning itu warna asalnya sebelum di dyed pada kawasan tersebut. Ada kemungkinan2 lain lagi.]

[Tentang treatment dyed ini, ianya treatment yang agak mudah untuk dikenalpasti oleh gemmologist benar2 terlatih/mahir. Petua mudah "warna dyed akan terkumpul atau concentrate pada celahan rekahan batu". Dalam semua kes dyed, rekahan tersebut adalah "surface reaching cracks". Satu lagi, jika dipakai lama2 kelamaan warna dyed akan luntur bukan semakin tua. Lebih2 lagi jika kerap terkena air/alkohol/pelarut2.]

*Jawapan/analisis ini, berdasarkan zoom pada gambar dan perincian daripada tuan.

sekian,

[Wassalam. Wallahu a'lam]
*
Tambahan:
  • Tentang instrumen untuk mengenalpasti rawatan dyed, loupe 10x sudah mengcukupi bagi gemmologist yang kompeten. Mikroskop lagi baik.
  • Intrumen yang 'bermeter/berjarum" tidak dapat mengenalpasti rawatan-rawatan pada batu, kerana ia direkacipta untuk tujuan identifikasi lain.
  • Setiap intrumen berbeza teorinya. Tidak dapat tidak, teori setiap intrumen sangat2 penting untuk difahami.
  • [BERSAMBUNG dengan izin Allah....jenis2 intrumen yang digunakan untuk identifikasi batu permata berserta teori ringkasnya, serta kemampuan dan limitation setiap intrumen tersebut]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...