Pages

Sunday, December 4, 2011

Beberapa pertanyaan yang belum sempat dijawap (sejak dari Raya Haji lepas)

Antaranya:

  •  Delima Burma merah tua wujud ke? Ada x cara mengecam delima tu Burma/Mozambique sebab kaler dia tua, or memang delima Burma ni yg asli pink sahaja? [sahabat dari Kerteh-kubang Kerian]
  • Apa makna istilah ‘air’, ‘berdaging’, ‘gewan’ dan ‘star’? [sahabat dari Kerteh-kubang kerian]
  • Ada tukang canai mengatakan batu yang saya upah canai sebagai ‘kulit nilam’ dan masih bukan ‘teras nilam’. Apa makna? [sahabat dari Kerteh-kubang kerian]
  • Macam mana nak kenal antara nilam puteh dan delima puteh? [sahabat dari Klang]
  • Ada buat kelas/kursus mengenal batu-batu permata tak? [teman baru dari Klang]
  • Tentang batu mata dewa/kunang-kunang (glow in dark)? [sahabat dari penang]
  • Tentang ‘fire agate’? [sahabat dari perak]
  • Tentang batu ada power atau tidak? [sahabat dari Kota Bharu]
  • Tentang ‘kebal umum’, pengisian kebal umum, pantang larang, khurafat, makna 'terlalu yakin pada batu', 'menghambakan diri kpd bt' [dari Cbox ~antiquemaniac, dayang sa’amah, karatz]


InsyaAllah akan diberi ulasan dan dibincangkan secara berperingkat walaupun beberapa persoalan tersebut sudah ada yang disentuh sebelum ini.

Nota: Untuk makluman para pengunjung yang dihormati, tuan_blog agak kesibukan dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan serta pergerakkan yang tak menentu sejak dari Oktober lepas dan dijangka hingga Februari 2012. Sebarang kelewatan respon dan tempahan harap dimaafkan. Wassalam. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment