Pages

Saturday, December 17, 2011

[Kod: ZT589] Besar, Cantik & Jarang ~ Delima Burma Air Kaca 41ct......RM25000 nego

[Gambar 1]

[Gambar 2]

[Gambar 3: Gambar diambil tanpa flash. Batu ditebeng pada sumber cahaya matahari. Bahagian sedikit "cerah" pada bahagian tengah batu ialah bahagian yang bersetetang dengan bahagian "lubang ulat" pada bawah batu, iaitu cahaya kurang terhalang memasuki-menembusi batu pada bahagian ini. Gambar "lubang ulat" lebih jelas pada gambar 6, 7 & 8. Sila lihat gambar 3 ini bersekali dengan gambar 4 & 5 sebagai bandingan]

[Gambar 4: Pada bahagian "cerah" dlm gambar 3 tadi kelihatan sedikit kekuningan pada gambar 4 & 5. Ini kerana kesan isian atau tampalan "lubang ulat" pada bahagian bawah batu dengan silicon berwarna kuning. Tampalan silicon ini sering juga disebut "getah" atau resin. Tampalan seperti ini standard bagi delima dari Burma. Sebagai bandingan, delima Afrika menggunakan tampalan atau pregnasi "glass filling" pada "suhu tinggi".]

[Gambar 5: Sebagai tambahan dan bandingan, iaitu merujuk kepada gambar 3,4 & 5, perhatikan terdapat retak2 halus pada batu atau "retak kering", iaitu standard didapati bagi batu delima Burma. Ini salah satu cara pengecaman mudah dan sangat berkesan bagi delima Burma, walaupun tidak muktamad sehingga 100%. Bandingannya, bagi delima2 Afrika/mozambique, retak seperti ini telah hilang sehingga retak2 pada dalam batu juga telah hilang ~ tiada lagi "retak kering" yang ada "daging/air bertangkup"~ dan wujud apa yang dipanggil "rivers of glass" pada permukaan batu yang boleh dilihat dengan mata kasar, yang mana ini semua hasil treatment "glass filling". Tanda "rivers of glass" tadi salah satu cara pengecaman delima Afrika yang sangat berkesan. Selain itu, bagi delima afrika, adanya "rivers of glass" akan ada "buih2" pada batu.]

[Gambar 6:  "Buih" yang wujud pada "lubang ulat" yang ditampal dengan silicon/getah/resin, kesan udara terperangkap dalam silicon/getah/resin semasa tampalan yang menggunakan haba/pemanasan. Hanya wujud atau ada pada kawasan tampalan "lubang ulat" ini sahaja. Sebagai bandingan, delima2 Afrika kewujudan "buih2" adalah hampir sekata/banyak pada seluruh batu, sehingga pada dalaman batu pun, ini adalah hasil proses rawatan "glass filling" pada "suhu tinggi" tadi.]

[Gambar 7: Untuk makluman, tampalan silicon/getah/resn ini boleh dicungkil walaupun ia agak keras/keras.]

[Gambar 8]

[Gambar 9 dan gambar 10, puncak batu tidak simetri 100%. Ini disebabkan bentuk asal batu dalam bumi. Untuk makluman, batu ini telah dicanai kali ke2 untuk mendapatkan bentuk yang lebih simetri. Untuk kali ke2 dicanai hampir 6ct telah dibuang. Untuk mendapat bentuk yang lebih simetri hampir 100%, anggaran dalam 7~10ct lagi perlu dibuang/hilang. Keputusannya, batu dikekalkan dalam bentuk sekarang.]

[Gambar 10: Ketidaksimetrian puncak batu tidaklah terlalu jelas jika dilihat dari jauh atau untuk pakain hari-hari]

[Gambar 11 hingga 17 memperlihatkan kehalusan seni ikatan tukang mahir Kelantan. Body cincin daripada perak aloi. Pada bahagian tepi kanan dan kiri ditampal dengan suasa serta dipahat bunga tebuk yang amat indah. Batu dipegang dengan "kuku gantung" daripada suasa.]

[Gambar 12]

[Gambar 13]

[Gambar 14]

[Gambar 15: Pada sebelah dalam batu juga dikilatkan.]

[Gambar 16]

[Gambar 17]



Tambahan:
Urusan tangan ke tangan, tidak melalui pos.

No comments:

Post a Comment