Nama batu JJ diletak oleh Haji Mat Bunut @Tok Ayah Mad (Pasir Mas, Kelantan) semasa diatas kereta api dalam perjalanan dari Bangkok ke Pasir Mas, bersama 2 orang lagi sahabatnya, dalam tahun 60an. Haji Mat Bunut salah seorang tokoh besar batu permata khususnya di Kelantan pada tahun 1960an.
Semasa dalam kereta api tersebut, mereka bertiga membawa pulang antaranya “permata hijau” yang mereka tahu dan sedar permata tersebut adalah permata “masak” dan berbentuk seperti ‘putung alu’ (boule).
Timbul persoalan antara mereka, nama apakah nanti hendak diletak/dipanggil bagi batu hijau ini? Kalau hendak letak nama ‘batu hijau’ batu ini sudah hijau….perbincangan diteruskan.
Lalu Haji Mat Bunut pun mencadangkan nama JJ, iaitu J pertama bermaksud “jual” dan J kedua “jahanam”, dan dipersetujui oleh yang lain.
Maksud:
Asasnya, batu hijau tersebut adalah batu buat/masak. Batu buat/masak walaupun sangat cantik tidak sama “nilainya” dengan batu asli dari perut bumi. Walaupun ianya batu buat/masak, ianya barang yang boleh diperjual-beli. Diperjual-beli dengan sama-sama faham ianya batu buat/masak. Maka selepas “jual” nak jadi apa jadilah…nak “jahanam” dll….ianya batu masak sahaja, bukan batu ori. Batu ori lepas jual atau beli perasaan sayang dan berhati-hati bagai menatang minyak yang penuh mesti ada, kalau tidak dikatakan orang tidak tahu nilai.
Lalu batu tersebut disebar penjualannya khusunya di Kelantan atas nama JJ, dan nama tersebut kekal ke hari ini.
[Nota: Batu JJ adalah batu masak yang tidak jatuh harga bermula dari awal-awal diperkenalkan sehingga ke hari ini, khususnya untuk gred yang baik. Terdapat bermacam-macan harga, sehingga mencecah ribuan RM]
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment