SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Friday, October 25, 2013

BEBERAPA RINGKASAN MAKLUMAT BERKAITAN POKOK KAYU ABANUJ/MPINGO/DALBERGIA MELANOXYLON

              NAMA ABANUJ DAN EBONY
  •      Ejaan dalam kitab Arab “alif ba alif nun jim” (abanuj). Sering disebut-eja ebenos, abanus, abanos, babanos, abanuh dan diringkaskan lagi jadi ‘kayu nuh’ dalam masyarakat. Daripada perkataan Abanuj/ebenos/abanus/abanos/abanuh lahirnya nama moden dan umum “ebony”.
  •     Pada masa sekarang definisi nama ebony hanya merujuk kepada “kayu” hitam padat dari beberapa sepsis dalam genus Diospyros sahaja, yang mana sifat ebony yang terbaik ialah berat-padat, hitam keseluruhannya dan pada kedudukan hati/teras/tengah kayu. Jika dahulu, kayu-kayu lain yang berat padat berwarna hitam atau gelap bukan dari genus Diospyros juga dipanggil sebagi ebony.
  •      Spesis Ebony termasuk Diospyros ebenum (Ceylon ebony) yang didapati di India dan Sri Lanka; Diospyros celebica (Makassar ebony) yang didapati di Malaysia, Borneo dan Indonesia; Diospyros crassiflora (Gaboon ebony) yang didapati di Afrika.
  •   Makassar ebony dikenali sebagai Kayu HItam Arang (semenanjung Malaysia) dan Kayu Malam (Sabah/Sarawak/Borneo) – (klik). Antara ketiga-tiga sepsis itu, rupa warna ada perbezaan

        

              ABANUJ/MPINGO/DALBERGIA MELANOXYLON.
  •     Berbalik kepada Abanuj afrika (Mpingo –nama Swahili (klik, klik)) dengan nama saintifik Dalbergia melanoxylon (bukan dalam genus Diospyro, maka ianya tidak dikategorikan sebagai Ebony).
  •    Oleh kerana Abanuj/mpingo mempunya hati/teras hitam, maka seringkali ia dipanggil sebagai ebony, dan dianggap sebagai ebony asal yang digunakan oleh tamadun Mesir kuno.
  •    Pelbagai nama bagi Abanuj: African blackwood (Inggeris), mpingo (Swahili), pau preto (portugis), grenadilla (nama komersil), zebrawood (nama komersil), mugembe, poyi, endisika, kidamo, kinti, masojanda, mgembya, mhembote, mhingo, minday, mupako, mwajinde, ngembi, nyamfunga, oitlaska, q’oya, thamumo mhembete, congowood, banbanus, mufunjo, mozambique ebony, senegal ebony, ebene.   


   
              ANCAMAN & PEMULIHARAAN
  •      Tumbesaran pokoknya sangat perlahan, batangnya bergerutu-bermata dan tumbuh agak berpilin. Jarang boleh ditemui pokok matang saiz besar saiz sesuai untuk ditebang, dianggarkan pokok berusia 70-100 tahun barulah mempunyai saiz yang sesuai untuk ditebang. Pokok matang biasanya berketinggian antara 4.5m-7.5m dengan ukurlilit 1.2m.
  •     Permintaan terhadap kayunya sangat tinggi, menyebabkan penebangan pokoknya secara berleluasa saban hari. Penebangan yang berleluasa dan tumbesarannya yang sangat perlahan menjadikan Abanuj pokok yang semakin jarang, selain ia dikira pokok eksotik. Sekarang ianya merupakan sejenis pokok kawalan dibawah undang-undang CITES (klik, klik) dan beberapa NGO alam sekitar mengambil inisiatif cakna dalam pemuliharaannya semula dan biodiversity kawasan mpingo.
  •     Sejak 30 tahun kebelakangan, pembalakan haram dan penebangan secara berlebihan telah menghilangkan sebahaian besar  populasi abanuj di Kenya dan di utara Tanzania. Abanuj/mpingo adalah pokok kebangsaan bagi Tanzania.
  •     Abanuj tumbuh merentasi hamper 26 negara Afrika bermula dari Ethiopia di utara hingga ke Angola di selatan, dan dari Senegal di barat hingga ke Tanzania di timur.
  •      Api dan kebakaran hutan bukan ancaman utama bagi Abahuj kerana ia sejenis pokok yang mampu bertahan dan masih hidup walaupun hutan terbakar, namun ancamannya ialah penebangan oleh manusia.



              SIFAT KAYU & KEGUNAAN
  •      Daripada keratan rentas pokoknya, ia mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian luar/gubal berwarna cerah dengan purata ketebalan 2cm dan hati/terasnya yang berwarna hitam pada bahagian tengahnya.
  •     Secara mudah dikatakan, bahagian teras/hati/tengahnya berwarna “hitam”, tetapi sebenarnya bahagian ini boleh didapati berwarna perang muda/tua hingga hitam awa unggu-kebiruan. Dikatakan, pokok yang tumbuh berdekatan dengan pesisir laut warna teras/hatinya berwarna perang muda dan gelang urat tahunan lebih jelas dilihat, serta jenis ini dikatakan “abanuj/mpingo putih”. Manakala, pokok yang tersangat perlahan pertumbuhannya dikatakan mempunyai hati/teras yang lebih hitam.
  •     Bahagian gubal putih kurang tumpat berbanding bahagian hati/teras hitam. Bahagian gubal putih kurang rintangan terhadap serangan anai-anai dan kulat, berbanding dengan teras hitamnya mempunyai sifat rintang terhadap agen pereputan biotic (klik, klik) dan abiotic (klik, klik).
  •      Bertahun-tahun setelah pokoknya mati atau tinggalan tunggul-tunggulnya selepas ditebang, didapati bahagian gubal telah mereput namun bahagian hati/teras hitam masih berdiri teguh.
  •    Teras hitam Abanuj/mpingo terkenal dengan sifatnya yang berat, padat, sangat tumpat, sangat keras, berketahanan tinggi, hitam berkilat, anti reput. Bahagian hati/terasnya tidak dimakan anai-anai dan kulat – diketahui hanya sejenis kumbang penebuk sahaja dapat menebuk teras/hati abanuj/mpingo.
  •     Antara produk yang dihasilkan daripadanya ialah seperti tasbih, tongkat, alatan muzik, hulu pisau, almari cabinet, buah catur serta ukiran seni khususnya oleh kaum peribumi di Afrika terutamanya puak Makonde yang menduduki sempadan Tanzania-Mozambique.
  •      Produk kayu abanuj yang diproses di Mesir seperti tongkat dan tasbih umumnya Abanuj yang dibawa masuk dari Nigeria.
  •     Abanuj adalah sejenis kayu yang sangat tumpat dan merupakan antara kayu yang terkeras didunia. Dengan ketumpatan 2400lbf hingga 3200lbf pada skala Janka (klik, klik) atau 1.3g per centimeter padu, semua teras Abanuj tenggelam dalam air, umpama besi tenggelam dalam air.
  •     Atas semua faktor ini, menyebabkan tidak mudah susah untuk memproses kayu Abanuj, dan kayu abanuj mayshur cepat menumpulkan mata besi yang digunakan untuk menebang atau memprosesnya.
  •      Dengan ketumpatan yang tinggi, jika dalam bentuk tasbih, lagaan bijinya menghasilkan bunyi yg lebih nyaring berbanding kayu-kayu teras lain, umpama biji batu berlaga. 
  •      Ia sejenis kayu yang mudah membengkokkan paku - lubang perlu ditebuk dulu sedikit barulah boleh dipaku dengan mudah.
  •     Disebabkan itu juga kayu Abanuj menjadi pilihan utama untuk membuat alatan muzik seperti gitar, piano, kekunci piano, clarinet (klik, klik), oboes (klik, klik) dan bagpipes (klik, klik). Dianggarkan sebanyak 7500 hingga 20000 batang pokok Abanuj ditebang setiap tahun hanya untuk tujuan pembuatan alatan muzik profesional.
  •     Selain itu, ianya menjadi pilihan dibuat hulu pisau (klik), alu penumbuk lesung dan bahagian tertentu pada senapang.
  •      Kayu abanuj mempunyai kandungan minyak semulajadi yang tinggi, menyebabkan ianya susah dan tidak tahan lama untuk dicantumkan dengan gam. Kelebihan minyak padanya juga - jika diskrukan dengan logam padanya, logam tersebut susah berkarat.
  •      Namun begitu, ianya sangat cantik dan berkilat apabila digilap dengan kertas pasir paling halus. [Nota/teori: Sesuatu yang padat dan keras lebih berkilat permukaannya bila digilap berbanding dengan sesuatu yang kurang padat dan lembut; ditambah pula ianya mempunyai kandungan minyak semulajadi yang tinggi lagilah ia kelihatan lebih berkilat]
  •    Kecantikan kayunya seringkan diabadikan dalam bentuk almari, cabinet, rak dan kotak penyimpan yang mewah dan mahal harganya.
  •     Jika diletakkan di bawah panas matahari dalam jangka masa yang lama (atau dalam kereta dan dibiarkan dibawah panas) kelihatan permukaan tongkat sedikit berminyak, tetapi tidak pecah.
  •      Sekira-kiranya, dikatakan secara lisan bahawa kayunya sangat susah pecah jika terkena panas maklumlah ia berasal dari benua padang pasir, sedangkan kayu kemuning hitam lebih mudah pecah/retak jika diletakkan/dijemur dibawah panas matahari.
  •     Herbanya tidak larut dalam/melalui air, tetapi herbanya dapat larut dengan minyak (herbanya berwarna hitam). Dikatakan, minyak zaiton terbaik untuk melarutkan herbanya untuk dijadikan ubat. Herbanya dikatakan amat baik untuk mengubati barah.
  •      Baunya sedikit wangi ala-ala bau pinang masak. Dikatakan, baunya lebih dibau oleh golongan makhluk halus yang tidak disukai oleh mereka.
  •    Teras abanuj berwarna hitam tapi ada urat-urat kayu yang agak jelas, manakala kayu kemuning hitam berwarna hitam tiada urat yang jelas dapat dilihat.


              TAMBAHAN
  •     Tongkat yang digunakan oleh Nabi sulaiman as. Keterangan: Anai-anai apabila hendak ‘memakan’ kayu supaya cepat dan mudah maka ia akan kencing dahulu untuk melembutkan daging kayu tersebut lalu diumpil dengan giginya. Tetapi kayu abanuj anai-anai tidak dapat mengunakan air kencingnya kerana ditendang oleh minyak semulajadi yang ada pada kayu Abanuj, lalu hanya diusahakan ‘memakan’ secara terus teras abanuj tersebut dengan gigi sahaja, dan ianya mengambil masa 40 tahun hanya untuk ‘memakan’ bahagian paling hujung pada tongkat baginda.
  •     Tongkat Syeikh Abdul Qadir Jilani daripada Abanuj. Kisah karamah baginda: Tongkatnya terbang menikam lelaki yang hendak merogol salah seorang anak murid perempuan baginda (klik).
           ALLAHU A'LAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...