Pages

Sunday, November 17, 2013

Kisah Fitnah Ke Atas Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha & kalong Akik Yaman

Kebiasaannya Rasulullah saw akan membuat undian untuk memilih dari kalangan isterinya siapakah yang akan menemaninya dalam musafir atau pergi ke medan perang. Penyertaan isteri baginda dalam perang bukan ikut sama berperang dengan tentera.

Dalam peperangan bani al-Mustaliq, saidatina Aisyah telah terpilih menemani Rasulullah. Beliau diletakkan dalam hudaj, iaitu sebuah bilik kecil yang diletakkan diatas belakang unta. Pada waktu itu beliau berumur 14 tahun. Peperangan bani al-mustaliq ini berlaku pada hari Isnin, 2 Syaaban, tahun ke-6 Hijrah. Dikenali juga dengan nama Perang Muraisi’ kerana Rasulullah saw telah membangunkan kubu pertahanan disekeliling sebuah sumur yang dipanggil Sumur Muraisi’.

Peperangan ini disertai oleg segolongan orang munafik dan mereka yakin pihak Islam akan menang serta mereka akan selamat nanti dan mendapat harta ghanimah nanti. Ringkasnya, peperangan ini telah dimenangi oleh pihak Islam dengan agak mudah. Sebaik sahaja perang tamat, pihak tentera Islam terus balik menuju Madinah.

Dalam perjalanan balik ke Madinah, pihak tentera Islam telah berhenti rehat di suatu tempat berdekatan madinah. Apabila tiba waktu malam, mereka diarahkan bergerak terus ke Madinah.

Dalam masa pihak tentera Islam bersiap hendak berangkat tersebut, saidatina Aisyah telah berjalan jauh dari kumpulan tentera Islam untuk menunaikan hajat. Apabila beliau kembali ke tempat perkumpulan tentera Islam, beliau mendapati kalong beliau dari Akik Yaman telah tiada di lehernya. Kalong tersebut dari tempat bernama Zafar, Yaman. Kalong tersebut beliau pinjam daripada Asma’ sebelum berangkat ke medan perang.  Beliau yakin kalong tersebut terjatuh di tempat beliau membuang hajat tadi. Oleh kerana amat saying kepada loket tersebut, beliau bergegas kembali ke tempat tadi, dan menemui kembali loket tersebut. Namun apabila pulang semula ke tempat perkumpulan tentera, didapati mereka telah bergerak meninggalkannya berserta hudaj tempat beliau duduk. Pihak tentera Islam menyangka beliau berada di dalam Hudaj tersebut.


Saidatina Aisyah kembali ke tempat Hudajnya berhenti, dan menunggu disana dengan harapan pihak tentera menyedari kehilangan beliau dan dating mencari kembali di tempat tersebut. Ketika berada disitu, beliau berasa mengantuk dan tertidor.


Teruskan bacaan disini
1 (klik)
2 (klik)
3 (klik)

Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment