Kebiasaannya Rasulullah saw akan
membuat undian untuk memilih dari kalangan isterinya siapakah yang akan
menemaninya dalam musafir atau pergi ke medan perang. Penyertaan isteri baginda
dalam perang bukan ikut sama berperang dengan tentera.
Dalam peperangan bani
al-Mustaliq, saidatina Aisyah telah terpilih menemani Rasulullah. Beliau
diletakkan dalam hudaj, iaitu sebuah bilik kecil yang diletakkan diatas
belakang unta. Pada waktu itu beliau berumur 14 tahun. Peperangan bani
al-mustaliq ini berlaku pada hari Isnin, 2 Syaaban, tahun ke-6 Hijrah. Dikenali
juga dengan nama Perang Muraisi’ kerana Rasulullah saw telah membangunkan kubu
pertahanan disekeliling sebuah sumur yang dipanggil Sumur Muraisi’.
Peperangan ini disertai oleg
segolongan orang munafik dan mereka yakin pihak Islam akan menang serta mereka
akan selamat nanti dan mendapat harta ghanimah nanti. Ringkasnya, peperangan
ini telah dimenangi oleh pihak Islam dengan agak mudah. Sebaik sahaja perang
tamat, pihak tentera Islam terus balik menuju Madinah.
Dalam perjalanan balik ke
Madinah, pihak tentera Islam telah berhenti rehat di suatu tempat berdekatan
madinah. Apabila tiba waktu malam, mereka diarahkan bergerak terus ke Madinah.
Dalam masa pihak tentera Islam
bersiap hendak berangkat tersebut, saidatina Aisyah telah berjalan jauh dari
kumpulan tentera Islam untuk menunaikan hajat. Apabila beliau kembali ke tempat
perkumpulan tentera Islam, beliau mendapati kalong beliau dari Akik Yaman telah
tiada di lehernya. Kalong tersebut dari tempat bernama Zafar, Yaman. Kalong
tersebut beliau pinjam daripada Asma’ sebelum berangkat ke medan perang. Beliau yakin kalong tersebut terjatuh di
tempat beliau membuang hajat tadi. Oleh kerana amat saying kepada loket
tersebut, beliau bergegas kembali ke tempat tadi, dan menemui kembali loket
tersebut. Namun apabila pulang semula ke tempat perkumpulan tentera, didapati
mereka telah bergerak meninggalkannya berserta hudaj tempat beliau duduk. Pihak
tentera Islam menyangka beliau berada di dalam Hudaj tersebut.
Saidatina Aisyah kembali ke
tempat Hudajnya berhenti, dan menunggu disana dengan harapan pihak tentera
menyedari kehilangan beliau dan dating mencari kembali di tempat tersebut.
Ketika berada disitu, beliau berasa mengantuk dan tertidor.
Teruskan bacaan disini
1 (klik)
2 (klik)
3 (klik)
Allahu 'alam.
No comments:
Post a Comment